The Philosophy Of Chixxilization Theory

Woman of leisure and self-liberated ©

Oooppss!!!! Januari 31, 2008

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 1:49 pm

Sorry guys. My blog has been moved. Please go HERE to visit my new home! Thanks :)

 

Kepada teman-teman Jun 6, 2007

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 9:18 pm

Posting saya tujukan kepada kengkawan network saya sama ada di Friendster mahupun Myspace. Ada diantara yang bertanya kabar, ada yang minta contact number, ada yang mengajak saya minum dan tidak kurang juga mengajak saya join mereka berparti.

Terima kasih kerana sudi ‘keep in touch’ dengan saya, cuma ingin saya jelaskan disini saya tidak akan memberi anda sebarang contact number, emel ataupun instant messenger ID. Bukan saya berlagak sombong, cuma ia memang prinsip dan sempadan saya berkawan didalam internet social network. Cukup sekadar menghantar mesej di profil saya.

Juga tak perlu mengajak saya keluar tak kira lah untuk minum ataupun clubbing. Terus-terang saya katakan, saya memang tidak bersosial. Saya jarang keluar minum-minum apatah lagi berparti. Bukan kerana saya anti-sosial, cuma ia bukan cara hidup saya.  Mungkin kerana saya cepat mengantuk jika saya berada diluar rumah walhal saya boleh bertahan hingga ke 4 pagi jika saya menonton tv dirumah. Atau mungkin kerana saya dah puas melalui zaman ‘hora’ saya 7 tahun lepas. Jadi jangalah anda salah anggap yer.TQ.

 

Muzium oh muzium… Mei 24, 2007

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 4:35 am

Kali terakhir saya pergi ke Muzium Negara ialah ketika saya darjah 4 iaitu pada tahun 1990. Kebetulan pada masa itu ada pameran mumia. Saya masih ingat lagi, emak saya tidak mahu masuk.Dia hanya tunggu di luar bersama-sama opah saya kerana dia takut.

Penat tapi seronok…

Jadi, yang masuk hanyalah saya, 3 orang adik lelaki saya, serta ayah dan arwah atuk. Ketika itu saya merasakan muzium itu sangatlah besar dan untuk melawat setiap pameran adalah sangat memenatkan. Apa yang seronok ialah ‘feel’ dapat berjalan-jalan pada hari cuti sekolah.

Kelmarin saya berkesempatan melawat muzium sekali lagi. Lawatan yang tidak dirancang kerana menemankan seseorang yang kebetulan ada ‘meeting’ dengan pihak muzium.

Saya menyangkakan lawatan saya kali ini mungkin lebih menarik kerana saya mempunyai banyak masa untuk melihat setiap pameran. Tapi jangkaan saya meleset. Saya kecewa dan tidak menyangka muzium yang merupakan tempat menyimpan dan mempamer bahan bersejarah tidak cukup bagus untuk digelar muzium nasional.

Saya bukan ingin menuduh sebarangan. Ini cuma pandangan peribadi saya. Bagi saya, kita beria-ria mengwar-warkan tahun 2007 sebagai tahun melawat Malaysia tapi muzium pun macam tak bersedia untuk menerima pelancong tempatan mahupun luar negara.

Ketika lawatan saya, tingkat 2 iaitu galeri alam semulajadi ditutup sementara untuk kerja-kerja penambahbaikan. Manakala tingkat 1 terdapat beberapa bahan yang tidak ada dan disitu dilabelkan ia dikeluarkan sementara. Lebih menghairankan lagi, kerja-kerja memasang bahan pameran baru sedang dijalankan.

Dalam ertikata lain, pada ketika itu pelancong asing yang datang akan melihatlah kerja-kerja pemasangan yang dijalankan oleh kontraktor dan pekerja muzium dan terdapat laluan yang ditutup sementara. Maka oleh kerana wujud suasana yang tidak selesa, tidaklah indah lagi lawatan saya pada hari itu kerana umpama melihat orang sedang membuat rumah!

Saya terfikir, jika kita menjadikan tahun 2007 sebagai tahun melawat Malaysia, kenapa segala kerja menaik taraf, menambahbaikan atau apa segala kerja pun dilakukan seawal tahun 2006?

Selain itu, pada pandangan saya, bahan yang dipamerkan memang menarik. Saya sukakan bahan yang bersejarah. Yang unik. Tetapi tidak cukup informasi. Mungkin ramai pelawat yang datang suka melihat bahan dan mengambil gambar. Bagaimana pula cerita disebalik kewujudan bahan tersebut?

Apa yang ada cuma sedikit maklumat. Itupun banyak penerangan yang pelancong tempatan mungkin sudah tahu. Jadi tidak adalah uniknya. Saya begiu mengharapkan ada ‘pamplet’ bagi setiap bahan yang dipamerkan kerana saya nak tau apa sejarahnya. Bukan sahaja rupanya.

Jadi, diakhirnya…saya merasakan lawatan saya 17 tahun dahulu lebih menarik dari lawatan saya kelmarin. Apa agaknya pandangan pelancong tentang lawatan mereka yer?

 

Missed Calls April 23, 2007

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 12:30 pm

I really hate when I got constant missed calls from an identified number. It was a calls that purposely made to be missed. And sometimess when I picked up, they cut the line off. What on earth were they thinking? Sometimes it left me confused and sometimes it really pissed me off. For me, my contact number is my privacy. And I believe it applies to anyone too. Then why leave a missed calls rather than a call?

Oh, maybe this type of missed callers ran out of credit and they hoping for me to call them back. Huh, too bad. I would never ever call back especially if I don’t know who the caller. Sigh. I am tired. I am really tired of this people. Knock it off, guys!!!

 

Beezee April 6, 2007

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 4:49 pm

Exam weeks datang lagi. Terpaksa la aku membeezee kan diri agar aku tak terkontang kanting masa menjawabnya nanti. Aku ni jenis study last minute. Kalau aku study awal mesti aku baca yang mukasurat yang sama berulang-ulang kali hinggalah abis study weeks. Chis!

Takpe ..sabar..Lepas ni tinggal sekali je lagi exam weeks. Pastuh buleh hurraaaahhhh!!!!

 

Cerita Menangis Mac 22, 2007

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 6:12 pm

Pukul 2 malam tadi saya teresak-esak menangis sehingga lenjun bantal dibuatnya. Bukan kerana merajuk dengan kekasih. Bukan kerana saya fail exam. Bukan kerana dimarahi emak dan juga bukan kerana sakit.

Tangisan saya adalah gara-gara menonton sebuah movie iaitu Still Small Voices di STAR Movies. Pada mulanya saya menonton cerita itu kerana menyangkakan ia cerita misteri dan seram.

Walhal, saya ni penakut. Tapi gatal jugak nak tengok apa penyudah cerita tersebut. Itulah yang dinamakan penakut yang buat-buat berani.

Cerita tersebut sebenarnya berunsur misteri. Mengantuk saya menajdi berkurangan lantaran babak-babak yang kadangkala membuatkan saya terkejut dan bersedia utk tukar channel kerana tak mahu lihat dan dengar babak yang berikutnya.

Sehingga ke penghujung cerita akhirnya ia membuatkan air mata saya terburai. Untung tidak ada orang yang melihat saya begitu emosi.

Walaupun cerita ni tak keluar di panggung Malaysia, namun saya suka cerita ni. Saya berikan 4.5 bintang. Tak perlu kesan khas. Tak perlu pelakon yang terlalu commercial. Cukup dengan jalan cerita yang simple. Ia cukup menarik untuk ditonton. kalau ada ada Astro Movies. Bolehlah browse Astro Guide dan dapatkan bila next airtime. Berikut Sneak Previewnya.

p/s: Pelakon utamanya iaitu Catherine Bell mengingatkan saya kepada Maya Karin.

 

Hanya kerana baju? Mac 15, 2007

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 2:10 pm

Seorang teman, memberikan saya satu salinan kronologi isu Linda Onn sebelum kronologi tersebut keluar didada akhbar. Salinan yang saya dapat itu lebih panjang ceritanya berbanding dalam akhbar yang rata-rata sekerat sahaja huraiannya.

Bagi saya apalah yang penting sangat sehingga menjadi isu pasal baju? Oh, katanya ASTRO mendapat arahan dari JPM untuk melarang Linda memakai baju pilihannya yang telah direka oleh Jovian. Dengan alasan Jovian bukan pereka tempatan. Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini saya pun tidak pasti.Yang pasti larangan akhirnya membuatkan Linda tidak muncul dikaca tv seperti yang dinanti-nantikan.

Eh, bukankah Linda terpilih kesana untuk menemubual artis di karpet merah? Di ulang, MENEMUBUAL…? Bukannya Linda yang ditemubualkan? Dalam erti kata lain, baju Linda tidak penting, tetapi peranannya berada disana. Ini peluang Linda menguji sejauh mana kebolehan beliau dalam bidang pengacaraan secara langsung di acara yang bertaraf antarabangsa.

Belum pernah seumur hidup saya melihat individu yang menemubual khasnya dari STAR world memperkatakan tentang baju yang dia pakai. Hanya artis dan selebriti karpet merah sahaja yang akan ditanya tentang pakaian mereka.

Jadi isu pakaian Linda direka oleh pereka Malaysia atau pun luar sepatutnya tidak timbul. Katakan lah pihak yang memilih Linda memakai pakaian yang mereka pilih disaat-saat akhir kenapa mereka mesti membawa sepasang sahaja? Begitu teruk cara pengurusan mereka. Tidakkah mereka terfikir adakah Linda akan sepadan dengan pakaian tersebut. Sedangkan baju kelawar pun belum tentu semua orang pakai selesa atau pun sesuai dengan padan. Silap pilih mungkin terlalu senteng atau labuh merela-rela..

Selain itu, saya juga hairan kenapa Linda begitu berkeras tentang prinsip hanya kerana baju. Dan kalau Linda kata kenapa mereka tak bawa pakaian lain untuk dipilih, kenapa pula Linda tak bersedia dari awal membawa baju dalam atau korset extra? Mana dia tahu baju yang dia bawa tidak ada kemungkinan rosak atau hilang semasa dalam perjalanan?Tidakkah Linda bersedia untuk perkara seperti itu? Mungkin kalau Linda bawa sekurang-kurangnya beberapa helai pakaian atau korset extra perkara ini tentu dapat dielakkan. Sekurang-kurangnya Linda membuktikan bahawa dia cukup profesional dalam menangani pelbagai kemungkinan. Terus terang saya katakan, kalau saya menjadi Linda, saya pasti bawah lebih baju, kasut dan sebagainya…manalah tau…

Pendek kata, isu baju ini isu remeh. Walaupun kita tak pasti siapa sebenarnya yang bersalah atau menjadi punca, tetapi nama Linda sudah sedikit tercalar.Harap Linda berjaya diluar sana.

 

Jom ikut Britney pergi shopping Januari 27, 2007

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 9:52 pm

Saya melayari internet dan terjumpa gambar terkini dimana Britney Spears pergi shopping. Apa yang menarik ialah, dia langsung tidak kelihatan seperti seorang ratu pop, malahan silap-silap kalau kita jumpa dia kat Chow Kit pun belum tentu kita akan perasan yang dia adalah Britney. Huhu…dia ni makin lama makin rosak…kesian..

 
Nape la nak pakai seluar yang hampir terlondeh..?

 
Eiii…buruknyer…

 

juma Januari 8, 2007

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 4:37 pm

Siapa yang tidak kenal Norjuma? Salah seorang pengacara Nona yang cantik dan akhirnya disambar VIP. Baru-baru ini dia telah selamat melahirkan anak pertamanya.

Tetapi apa agak mengejutkan setelah melihat photo terbarunya. Sangat jauh dari kejelitaan yang pernah dimilikinya suatu ketika dimana ia menjadi pujaan ramai lelaki.

SEBELUM (mengandung 3bulan)

SELEPAS bersalin..tadaaa…..

Terdapat beberapa blog yang telah saya baca memberikan pelbagai reaksi terhadap rupa terbaru Juma. Ada yang terkejut dan tak kurang juga menyindir.

Bagi saya adalah lumrah bagi wanita yang mengandung dan bersalin mengalami penambahan berat badan. Walaupun tidak semua tetapi majoritinya adalah begitu.

Namun bagi seorang yang berkemampuan seperti Norjuma, mungkin tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sudah tentu, dia dengan senang hati boleh mendapatkan khidmat di slimming centre atau private instructor untuk mengembalikan bentuk badannya yang asal.

Yang penting sekarang dah selamat melahirkan baby yang sihat dan comel lagi.

 

it’s a wrap!! Disember 30, 2006

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 3:56 pm

Aidiladha merupakan penutup bagi tahun 2006 yang penuh cerita dan pengalaman. Jadi apa yang aku dapat dari tahun 2006? Jawapannya: Macam-macam ada…

Ada perkara yang aku pelajari dan ada peristiwa yang aku alami dan ada kenangan yang aku nikmati. Peristiwa paling pahit bagi aku pada tahun ini ialah jari aku terkepit pada pintu van semasa nak menumpang kawan aku pergi ke kelas.

Malang tak berbau. Kebetulan pula masa tuh ‘dealove’ aku berada di India. Menangis kerana sakit sangat dan sedih kerana teringat dia jauh dari mata. Nak dijadikan cerita doktor mencabut dan memasang semula kuku aku untuk memeriksa samaada aku mengalami hematoma. Ngeri kan? Aku pun tak sanggup tengok masa prosedur tuh.

Hampir tiga bulan jari telunjuk aku sentiasa keras lurus dan sentiasa dalam keadaan menunjuk kerana tak boleh dibengkokkan. Alhamdulillah sekarang dah kembali normal.

Selebihnya lebih banyak pengalaman manis. Aku dapat share banyak pengalaman ‘dealove’ aku yang kebetulan pula tahun ni banyak outstation ke overseas.

Kemudian baru-baru ini aku menjadi bidan terjun untuk mekap sepupu aku bertunang. Nerveous rasanya sebab aku hanya biasa mekap muka sendiri. Yelah, kita first timer kalau boleh nak mendapatkan hasil terbaik untuk hari bahagianya.

Aku juga menjadi agak sensitif tentang attitude dan ethics in life. Banyak orang tidak sedar akan ini. Bagi mereka ignorance is bliss. Bagi aku, ignorance sometimes is bliss. The rest is hell. Totally hell. Therefore if you want to ignore, make sure use your brain and your heart first. Otherwise, you are 10% close to be a monkey. Ooops sorry…what did I say? :)

Did I broke my 2006’s resolutions? Yes, but only part of it. I’ve got 28 on list but I managed to achieve not even half of it. Demnn.. I fail the big one which is to tone down my body. I almost achieve it but when my finger got smashed, I fail to continue my exercise and rebuild my cute tummy. Yeah..it’s cute and it’s multipurpose. It could be use as a slimming product commercials body double or as a pillow.

So, what’s my 2007’s resolutions? Erm….we’ll see in next posting. Until then..Selamat Hari Raya Aidiladha and Happy New Year folks!

 

Masa kecik-kecik dulu… Disember 13, 2006

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 8:14 pm

Teringat zaman kecik-kecik dulu, aku ni nakal. Nakal dan mengade-ngade sebab aku lambat dapat adik sehingga hampir umor aku lima tahun. So, bayangkan bape lama aku naik tocang sementara belum dapat adik tuh.

Dalam sementara aku membesar sorang-sorang ni, seingat aku macam-macam benda aku buat. Sebab aku membesar kat kampung jadi macam-macam benda la aku explore.

Mak aku cakap, aku kuat merayau. Sebab tu kulit aku gelap. Ya, seingat aku memang aku kuat merayau. Kebetulan pula depan umah aku ada taman permainan seberangnya pula umah sedara-mara aku.

Pantang lepa sikit, tetiba aku dah hilang. Mak aku kata tetiba je tengok kecik je aku dah pun melintas padang nak menghala ke umah makcik aku.

Aku ingat aku memang sukapegi umah makcik aku yg aku panggil mak long. Dia ni kerja kampung, so banyak la benda yang dia buat menarik perhatian aku. Umpamanya dia buat kerepek ubi kayu berbesen-besen dan aikrim batang untuk dijual.

Anak-anaknya yang ramai tulah menolongnya. Aku ni suka datang menyibuk nak tengok diorang buat kerepek. Pastuh siap makan tengah hari sekali dengan diorang.

Kadang-kadang takut juga aku nak merayau ke umah mak long sebab takut kena cubit ngan mak aku..hehehe..mak aku garang. Jadi aku merayau dekat area umah aku je. Masa tuh mak aku bela ayam kampung so ada reban ayam dan ada beberapa tanaman kat belakang umah aku.

Oleh kerana kat kampung tempat aku tinggal tuh elektrik pakai generator yang hanya ada menjelang petang, maka dalam pukul 4 dan 5 petang aku dah mula boring. Jadi, aku akan kebelakang umah aku untuk mencari idea untuk bermain sensorang.

Coultj0011c Aku cukup gemar mengacau ayam yang sedang mengeram dan mengejar ayam yang beranak kecik. Bagi aku adalah best dan thrill masa nak curik-curik amik telor ayam yang sedang mengeram atau dikejar ayam yang garang. Penah juga aku kena patuk dengan ayam yang sedang mengeram nih.

Mak aku cakap, penat jaga aku walaupun aku sorang masa tuh. Sebab aku ni degil dan manja dengan ayah. So, anak ayah kan mengade-ngade sikit. Tapi bila aku dah dapat adik, kurang la skit nakal aku. Kebetulan plak adik aku yang sorang ni baik dan mendengar kata. Kalo aku buat silap dia gerenti report, cis!

Semua ni jadi kenang-kenangan aku yang tak kan dapat dilupakan. Aku rasa orang lain pun mesti ada macam-macam kenangan dalam hidup diorang..siap boleh buat drama lagi. Korang ada kenangan?

*Lepa- biar, terbiar, lupa

 

Surprise Gift Disember 12, 2006

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 8:56 pm

As what I wrote in my yesterday posting, I said that I was at a cafe surfing internet and sipping my favourite hot latte. I was there from morning to night, people goes in and out and sometimes my ‘dealove’ came to check me out.

I was busy writing my blog, updating my friendster. I don’t really care who’s around me except one cute caucasian guy on the other side of me. Almost every 15 minutes I stole a glance at him because he’s so cute and cool.

But, suddenly I just could not really concentrate on my laptop anymore. There was another caucasian guy who happen to sit on the other side of me and he seemed waiting for someone. Then a Malay woman with a big figure came in and sat beside him.

Ops, I realized she was not a woman. She’s a man. You know what I mean. I don’t want to be judgemental. I don’t care who there are and what are they doing. I just can’t concentrate on my work because even I don’t look at them I can’t avoid to not to see them at all. There were in front of me.

I think they are madly in love because they will look, talk and touch each other romantically like there was no other people around but them. The guy also kiss her cheeks many times in front of everybody and I can even heard the kiss sound. Euw..this is not cool.

This is a public cafe in a public bookstore! It was school holidays and there were a lot of kids and teenagers around. They should respect that. But then, the Caucasian guy left her alone. I don’t know where did he go. The realized the ‘woman’ always looked at me and I don’t know why.

                            

200342505001

After about 20 to 30 minutes the guy came back with shopping bags. I thought he bought something like food or shoes or clothes for her when I saw he happily handed the shopping bag to his ‘girlfriend’. But, I was so surprised to see it was a … and my mouth almost slip to say what the hell!

You just imagine, after several minutes she talk about people surfing internet for free using laptop in a cafe, and pop! there he bought her a laptop! Damn! Even I can easily got gifts from my ‘dealove’, but not something cost thousands in a couple of minutes?! This world is not fair..

Anyway, I just want to share what I have seen. Not to judge, not to complaint. I just so surprise and even I did not get the instant gift like her but my ‘dealove’ always shower me with gifts. Even a small things and still sometimes I forgot to thank him. Thank you…

 

Malaysia Batik Festival 2006 Disember 11, 2006

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 8:57 pm

Akhirnya aku sudah beransur pulih. Setelah lebih seminggu aku tido berbantalkan air mineral dan berselimutkan Strepsils akhirnya aku kembali dapat menyanyi. Ari Sabtu aku pergi wedding kawan hosmet aku yang nun jauh di Semenyih. Maka sepanjang-panjang perjalanan itulah aku tak henti-henti bercakap dan bergilir-gilir menyanyi dengan hosmet aku yang juga bercita-cita nak jadi penyanyi tanpa album.

Chixpix1366Ya, salah satu sebab aku lambat baik ialah aku terlampau banyak bercakap. Apa lagi kalo aku berjumpa dengan ‘dealove’ aku. Sampai penat dia mendengar agaknya. Tapi aku tetap tak henti-henti bercerita dan ketawa.

Demi meraikan kesembuhan ini, maka berjalanlah aku di Berjaya Times Square. Sebenarnya, bukanlah berjalan pun. Aku lepak je di cafe melayari internet  sampil mengabiskan segelas latte panas kegemaran aku.

Phase41Bagi korang yang akan atau sedang menghabiskan cuti, jangan lupa singgah di Berjaya Times Square. Ini kerana, PENYAYANG sekali lagi mengadakan Malaysia Batik Festival 2006 yang merupakan tahun keempat pesta ini diadakan. Bersempena dengan itu juga Pertandingan Reka Batik Piala Seri Endon juga sedang dijalankan dimana acara kemuncaknya diadakan di Shang-ri La Hotel, Kuala Lumpur pada 17 Disember nanti.

Sepanjang pesta ini, korang berpeluang melawat dan membeli-belah di gerai-gerai batik oleh pengusaha batik dari seluruh Malaysia. Disini korang berpeluang membuat tawar-menawar dan harga yang sedia ada juga lebih murah dari batik yang dibeli dibutik biasa. Korang tentu rambang mata nak memilih pelbagai corak moden dan tradisional yang ada digerai-gerai ini.

Apa yang menarik perhatian aku pula ialah, Pertandingan Rekaan Kraftangan Batik. Di Berjaya Times Square, terdapat sebuah booth yang mempamerkan beberapa penyertaan bahagian kraftangan yang cantik dan menarik. Peserta kali ni lebih kreatif memilih bentuk kraftangan dimana batik dijadikan bahan utama. Ini termasuklah soft toys, kasut, beg tangan, dairi, memo holder, batu seremban, divider dan sebagainya.               

Klik Gambar untuk gambar lebih besar

Chixpix1360_1 Chixpix1362_1

Chixpix1363 Chixpix1361

Kalo korang tak rasa ingin membeli di bazaar, maka tak salah kalo korang jalan-jalan sambil cuci mata melihat hasil kraftangan dari batik ni. Manalah tau korang ada idea baru suatu hari nanti dan teringin pula menyertai pertandingan yang sama pada tahun hadapan. Apatah lagi hadiah yang ditawarkan juga boleh tahan lumayan. Selain tu, kalo korang nak dapat info mengenai pesta ini bolehlah korang melawat website dengan klik DISINI.

 

A Useless Experience to Share Disember 7, 2006

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 8:58 pm

Maybe it’s a stupid question to you. But when is exactly the last time you visit a very nice and clean public washroom in a shopping mall? How nice and how clean is it? Most of the time you will encounter a wet floor, a gross smell and and not convenience at all.

Maybe for a guy, a place for shoot and aim or the drop that poopoo activity is not an issue. But for a women, a nice and clean washroom is ’sangat diinginkan’!

Well, for those who frequently shop and dine at Starhill Gallery, the is no public washroom. I mean, there are public washroom but it is just not suitable to call it a public washroom. I may call it a restroom. A restroom that is much much better than you see at Jusco restroom. A restroom that very convinience and comfortable and you may forgot that it is a place for you to peepee or to poopoo.

For women, they can happily drop by to powder their nose and to check out their appearance. There is a lot of mirrors with a nice and dry marble tabletop, cozy lightings, music to cover the sound you may make in your cubicle, clean and dry floor, and no gross smell but a refreshing peppermint!

The restroom at the ground floor or Feast Floor, is the most special. The interior is a cowboy ranch theme, with a slightly dark ambiance, smell of peppermint, and a unique water tap. The tap is not an ordinary tap. There is a girl who will spin a big spinner which works as a tap and when the water flow out you just have to wash your hand. The door and wall of the cubicle is look alike a log cabin.

You don’t have to pay for all the convenience you get here even a single cent but for the feast floor you may give some tips for the spin girl. Don’t be stingy to drop your blue notes because all the comfortable you had is far more valuable than that. How I wish all public washroom are as clean as the one we got here. Even I have to pay one buck just for peepee or poopoo, I don’t mind as long as it comfortable and convenience.

Here’s some photos to share.

1.Chixpix1342 2.Chixpix1343

1 & 2 : Lots of big mirrors and clean washbasin.

3. Chixpix1350

3 : That is how I check out my errr….hair…hehehe…

4. Chixpix1354

4 : Mirror mirror on the wall, who is the fairest of them all…?

5.Chixpix1356 6.Chixpix1357

5 & 6 : Budak spinner ni tengah tepon boypren mengadu ramai orang kedekut nak bagi tips. Sebab tuh muka dia penyek je.

Anyway, the restroom is not the main attraction in Starhill Gallery. It is the place where you can splurging on fashion, beauty, food, arts, and living to fulfill your luxurious lifestyle. Hop in and experience it yourself.

 

Bila Mahu Sembuh? Disember 5, 2006

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 9:01 pm

Malam tadi tekak saya sangat gatal sehingga memakse saya membatukkan diri berkali-kali. Oleh itu, sangat sukar untuk saya melelapkan mata. Kawan saya pun tidak nyenyak tidor kerana bunyian batuk saya itu memecah kesunyian malam. Kesian dia sebab dia ada exam pada keesokan paginya.

Jadi, pagi tadi saya pun pergi klinik. Kerana saya sangat gatal. Gatal pada bahagian tekak. Walaupun suare saya seksi, tapi saya tak boleh cakap sepuas hati dan saya tak dapat nyanyi dengan merdu. Doktor telah memberikan saya ubat dan juga vitamin. Dia suruh saya minum air masak banyak-banyak. Tapi saya memang tidak henti-henti minum air masak sehingga saya perlu ke bilik air berkali-kali. Jadi, kenapakah kesakitan saya masih belum berkurangan?

Saya sebenarnya mahu jalan-jalan. Tetapi si dia juga tidak sihat. Dia menuduh saya yang menyebarkan virus-virus penyakit kepadanya. Tetapi saya menafikan. Saya hanya menyebarkan virus-virus cinta, tidak lebih dari itu. Bukankah itu sangat baik?

Saya mahu cepat sembuh. Saya mahu kembali menyanyi. Menyanyi dalam bilik air. Tolonglah cepat sembuh.