The Philosophy Of Chixxilization Theory

Woman of leisure and self-liberated ©

Hari Malaysia yang ke-44 September 13, 2007

Difailkan di bawah: Knowledge — Chix at Six @ 4:02 pm

Hari ni hari pertama kita menyambut Ramadhan 1428H. Tapi saya belum ingin lagi memperkatakan tentang Ramadhan. Tahukah anda bila hari jadi Malaysia. Ya, ulangtahun penubuhan Malaysia. Tiap-tiap tahun kita menyambut kemerdekaan secara besar-besaran. Tetapi kita lupa tentang hari tertubuhnya negara kita Malaysia.

Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Pada hari ini Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bergabung menjadi sebuah negara yang kita cintai sehinggalah hari ini. Ahad ini, genaplah 44 tahun Malaysia tertubuh. Pelbagai rintangan yang kita lalui sama ada dari luar atau dalam negara sendiri. Tambahan pula, negara kita merupakan negara yang dihuni pelbagai kaum. Pelbagai isu mudah digunakan untuk melaga-lagakan sesama sendiri.

Ingatlah, walau apa pun keturunan atau kaum yang kita wakili, kita tetap satu bangsa. Kita adalah anak Malaysia. Kita sama-sama memainkan peranan membangunkan dan memakmurkan negara. Kita akan sama-sama mati untuk mempertahankan negara.

Justeru, saya ingin mengwar-warkan kepada anda sama-sama lah kita meramaikan sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Berjaya Times Square, Lower Ground Court pada hari Ahad 16 September 2007. Jumpa anda disana. 

 

Leave a Reply