The Philosophy Of Chixxilization Theory

Woman of leisure and self-liberated ©

Drop a Message to Support Unity in Malaysia Mei 25, 2007

Difailkan di bawah: Contest — Chix at Six @ 3:06 pm

SEND A MESSAGE To The Nation.
Be part of history. Be heard.

contest.jpg

Source: Yayasan Budi Penyayang Malaysia

** Each Unity Message submitted via Unity SMS hotline number will be eligible to win Naza Sutera.

Gegar U! Info links:

Utusan Malaysia Report Page

Bernama

AllMalaysia

** Terms and Conditions Apply

 

Muzium oh muzium… Mei 24, 2007

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 4:35 am

Kali terakhir saya pergi ke Muzium Negara ialah ketika saya darjah 4 iaitu pada tahun 1990. Kebetulan pada masa itu ada pameran mumia. Saya masih ingat lagi, emak saya tidak mahu masuk.Dia hanya tunggu di luar bersama-sama opah saya kerana dia takut.

Penat tapi seronok…

Jadi, yang masuk hanyalah saya, 3 orang adik lelaki saya, serta ayah dan arwah atuk. Ketika itu saya merasakan muzium itu sangatlah besar dan untuk melawat setiap pameran adalah sangat memenatkan. Apa yang seronok ialah ‘feel’ dapat berjalan-jalan pada hari cuti sekolah.

Kelmarin saya berkesempatan melawat muzium sekali lagi. Lawatan yang tidak dirancang kerana menemankan seseorang yang kebetulan ada ‘meeting’ dengan pihak muzium.

Saya menyangkakan lawatan saya kali ini mungkin lebih menarik kerana saya mempunyai banyak masa untuk melihat setiap pameran. Tapi jangkaan saya meleset. Saya kecewa dan tidak menyangka muzium yang merupakan tempat menyimpan dan mempamer bahan bersejarah tidak cukup bagus untuk digelar muzium nasional.

Saya bukan ingin menuduh sebarangan. Ini cuma pandangan peribadi saya. Bagi saya, kita beria-ria mengwar-warkan tahun 2007 sebagai tahun melawat Malaysia tapi muzium pun macam tak bersedia untuk menerima pelancong tempatan mahupun luar negara.

Ketika lawatan saya, tingkat 2 iaitu galeri alam semulajadi ditutup sementara untuk kerja-kerja penambahbaikan. Manakala tingkat 1 terdapat beberapa bahan yang tidak ada dan disitu dilabelkan ia dikeluarkan sementara. Lebih menghairankan lagi, kerja-kerja memasang bahan pameran baru sedang dijalankan.

Dalam ertikata lain, pada ketika itu pelancong asing yang datang akan melihatlah kerja-kerja pemasangan yang dijalankan oleh kontraktor dan pekerja muzium dan terdapat laluan yang ditutup sementara. Maka oleh kerana wujud suasana yang tidak selesa, tidaklah indah lagi lawatan saya pada hari itu kerana umpama melihat orang sedang membuat rumah!

Saya terfikir, jika kita menjadikan tahun 2007 sebagai tahun melawat Malaysia, kenapa segala kerja menaik taraf, menambahbaikan atau apa segala kerja pun dilakukan seawal tahun 2006?

Selain itu, pada pandangan saya, bahan yang dipamerkan memang menarik. Saya sukakan bahan yang bersejarah. Yang unik. Tetapi tidak cukup informasi. Mungkin ramai pelawat yang datang suka melihat bahan dan mengambil gambar. Bagaimana pula cerita disebalik kewujudan bahan tersebut?

Apa yang ada cuma sedikit maklumat. Itupun banyak penerangan yang pelancong tempatan mungkin sudah tahu. Jadi tidak adalah uniknya. Saya begiu mengharapkan ada ‘pamplet’ bagi setiap bahan yang dipamerkan kerana saya nak tau apa sejarahnya. Bukan sahaja rupanya.

Jadi, diakhirnya…saya merasakan lawatan saya 17 tahun dahulu lebih menarik dari lawatan saya kelmarin. Apa agaknya pandangan pelancong tentang lawatan mereka yer?

 

Antara Myspace dan Friendster Mei 16, 2007

Difailkan di bawah: Friendster, Myspace — Chix at Six @ 2:50 pm

3 tahun lepas saya terlebih dahulu membuka akaun Friendster dan selang beberapa bulan kemudian seorang teman Friendster menjemput saya membuka akaun Myspace. Masa tuh kedua-dua website ni belum lagi well-known seperti yang kita lihat hari ni. Pada ketika itu juga, saya membuka kedua-dua akaun ini hanyalah suka-suka. Sekadar menambah teman online.

Secara peribadi pada mulanya saya menggemari Myspace berbanding Friendster. Bukan kerana teman-teman baru yang semakin bertambah, tetapi kerana Myspace mempunya features yang lebih menarik. Saya boleh mengubah profil saya hampir setiap hari. Kerana Myspace jugalah ilmu mengenai html dan css bertambah dari sehari kehari. Saya ketagih mempelajari tips and tweaks yang baru.

Manakala ketika itu, Friendster sangatlah membosankan. Bukan sahaja ia tidak mempunyai pilihan untuk menggubah rupa profil, malahan sungguh lembab untuk dibuka. Tambahan pula saya rimas dengan iklan yang berada ditengah-tengah profil saya. Pendek kata, Friendster sangat buruk. Saya tak suka. Oleh itu, saya sangat jarang mengupdate akaun Friendster saya.

Pada hari ini Friendster menawarkan features yang hampir sama dengan Myspace. Namun masih lagi Myspace yang menawarkan features yang pelbagai dengan kerjasama dan buy-out website lain seperti Youtube, IM  dan sebagainya. Manakala Friendster sudah menawarkan ubah rupa profil tetapi masih sukar untuk menutup layout asal dan mengguna layout sendiri.

Tetapi baru-baru ni Myspace diserang SPAM hingga ke tahap dewa. Saya tak pasti sama ada hanya saya sahaja yang kena atau pun semua orang menghadapi masalah yang sama. Peti  INBOX Myspace saya ditimbuni dengan mesej Comments to Approve yang kesemuanya hanyalah SPAM! Cis! Penat nak buang la sebab ianya berjuta-juta lemon! Saya tak suka. Dah berbulan-bulan perkara ni berlanjutan dan masih lagi ia tidak diselesaikan oleh pihak Myspace.

Jadi, saya dah malas buka Myspace. Dalam 2-3 minggu mungkin adalah sekali saya mengupdate INBOX dan mengapprove new friends.Ntah sesape la yang saya approve.Kalau ada masa, saya akan check dulu, kenkadang saya dah tak larat, saya approve semua sekali gus. Mana taknya, kalau sehari paling kurang 10-15 orang yang mintak approve…kalau dah 2-3 minggu tak buka dah berapa? Seratus lebih..eiii..lantakla kome…

Friendster? Masih belum ada lagi masalah sebegini. Tapi saya cukup gembira untuk mengupdate ia kerana saya dapat berjumpa kembali teman lama masa sekolah dan masa di UPM dulu. It’s such a great to keep in touch with them.