Seorang teman, memberikan saya satu salinan kronologi isu Linda Onn sebelum kronologi tersebut keluar didada akhbar. Salinan yang saya dapat itu lebih panjang ceritanya berbanding dalam akhbar yang rata-rata sekerat sahaja huraiannya.
Bagi saya apalah yang penting sangat sehingga menjadi isu pasal baju? Oh, katanya ASTRO mendapat arahan dari JPM untuk melarang Linda memakai baju pilihannya yang telah direka oleh Jovian. Dengan alasan Jovian bukan pereka tempatan. Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini saya pun tidak pasti.Yang pasti larangan akhirnya membuatkan Linda tidak muncul dikaca tv seperti yang dinanti-nantikan.
Eh, bukankah Linda terpilih kesana untuk menemubual artis di karpet merah? Di ulang, MENEMUBUAL…? Bukannya Linda yang ditemubualkan? Dalam erti kata lain, baju Linda tidak penting, tetapi peranannya berada disana. Ini peluang Linda menguji sejauh mana kebolehan beliau dalam bidang pengacaraan secara langsung di acara yang bertaraf antarabangsa.
Belum pernah seumur hidup saya melihat individu yang menemubual khasnya dari STAR world memperkatakan tentang baju yang dia pakai. Hanya artis dan selebriti karpet merah sahaja yang akan ditanya tentang pakaian mereka.
Jadi isu pakaian Linda direka oleh pereka Malaysia atau pun luar sepatutnya tidak timbul. Katakan lah pihak yang memilih Linda memakai pakaian yang mereka pilih disaat-saat akhir kenapa mereka mesti membawa sepasang sahaja? Begitu teruk cara pengurusan mereka. Tidakkah mereka terfikir adakah Linda akan sepadan dengan pakaian tersebut. Sedangkan baju kelawar pun belum tentu semua orang pakai selesa atau pun sesuai dengan padan. Silap pilih mungkin terlalu senteng atau labuh merela-rela..
Selain itu, saya juga hairan kenapa Linda begitu berkeras tentang prinsip hanya kerana baju. Dan kalau Linda kata kenapa mereka tak bawa pakaian lain untuk dipilih, kenapa pula Linda tak bersedia dari awal membawa baju dalam atau korset extra? Mana dia tahu baju yang dia bawa tidak ada kemungkinan rosak atau hilang semasa dalam perjalanan?Tidakkah Linda bersedia untuk perkara seperti itu? Mungkin kalau Linda bawa sekurang-kurangnya beberapa helai pakaian atau korset extra perkara ini tentu dapat dielakkan. Sekurang-kurangnya Linda membuktikan bahawa dia cukup profesional dalam menangani pelbagai kemungkinan. Terus terang saya katakan, kalau saya menjadi Linda, saya pasti bawah lebih baju, kasut dan sebagainya…manalah tau…
Pendek kata, isu baju ini isu remeh. Walaupun kita tak pasti siapa sebenarnya yang bersalah atau menjadi punca, tetapi nama Linda sudah sedikit tercalar.Harap Linda berjaya diluar sana.
