The Philosophy Of Chixxilization Theory

Woman of leisure and self-liberated ©

Movie goers attitude Januari 7, 2007

Difailkan di bawah: Chixxy Hangout — Chix at Six @ 2:28 pm

Cerita Night at the Museum yang saya tonton semalam memang menarik. Walaupun sakit tengkuk saya  kerana mendapat seat yang paling depan. Saya tak kisah menonton cerita yang menarik walaupun terpaksa mendapat seat yang kurang selesa.

Tapi saya tidak boleh tolerate dengan movie goers attitude yang tidap beradab. Walaupun panggung wayang itu tempat orang bersuka ria, tetapi ia juga bukanlah tempat orang bersuka ati mak bapak kita membuat segala macam perkara.

Tiap kali sebelum movie start, ada satu iklan kesedaran sivik yang dibawakan oleh Nokia tentang perkara yang tak sepatutnya dilakukan oleh kita sebagai movie goers. Masih lagi, ada orang yang tidak faham mesej ini.

Adakah mereka terlalu lembab untuk memahami mesej ini atau kerana mereka memang tidak ada kesedaran sivik atau mereka sangat kool untuk bersikap  sedemikian.

Pertama sekali saya tidak tahan jika orang dibelakang saya yang me’landing’ kepala lututnya dikerusi saya. Oh, mungkin kaki kamu terlalu panjang. Tapi tak perlulah menggerakkan kepala lututmu itu menjadi vibrator!

Ini panggung wayang, bukan simulator tau! Kerana sikap orang ini kepala saya akan bergegar dan pening dan tidak dapat menikmati movie itu dengan baik. Kadangkala saya terpaksa memilih seat yang paling belakang untuk mendapatkan keselesaan yang diinginkan.

Kemudian, sewaktu menonton ada pula insan yang masih tidak reti meng’silent’kan hanponnya. Hello?! Kalaupun skali kamu tidak memakai Nokia dan tidak memahami mesej dari iklan tadi, tidakkah kamu tahu bahawa kami tidak mahu ada sound effect yang tidak ada kena mengena dengan movie?

Ada pula siap menjawab lagi panggilan tersebut tanpa keluar dari dewan tayangan. Apa ke..?!!! Tak pasal-pasal ada alih suara tambahan. Hey! Boleh tak jangan rosakkan ‘good times’ orang lain?

Satu lagi yang saya tidak tahan ialah kewujudan movie goers yang mengulas segala benda yang dia lihat. Dari mula iklan hinggalah tamat cerita. Dengan nada yang sesuai untuk 3-4 barisan kerusi boleh dengar suaranya. Orang macam ni sesuai tengok DVD je kat rumah. Tak perlu ganggu berpuluh-puluh orang lain yang menonton cerita yang sama, kan?

Saya adalah orang tidak segan-silu menegur orang yang mengganggu kehidupan saya ini. Saya percaya, oleh kerana orang lain takut atau malas nak tegur, selagi itulah attitude ini akan berterusan mengganggu orang lain. Saya mahu menjadi rakyat Malaysia yang boleh menjadi orang beradab bukan Malaysia boleh tapi tak beradab. Sekian.

 

One Response to “Movie goers attitude”

  1. cipan Says:

    ada sekali tu, saya pergi wayang tengok cerita The Patriot. ada mamat sebelah saya ni, rasanya dah tengok kot cerita tu, pasal dia asyik mengulas cerita tu kat teman dia. lama2, saya rasa pelik pasal tiba2 je dia senyap. masa tu scene yang anak kecik mel gibson tu cakap apatah, sedih la… rupa2nya, mamat tu menangis… muahahaha….

    anyway, because of these kinds of nuisance, i’ve stopped going to the movies. lepak rumah tengok dvd je. malaysian movie goers can’t be saved


Leave a Reply