The Philosophy Of Chixxilization Theory

Woman of leisure and self-liberated ©

Travel Experiences Januari 4, 2007

Difailkan di bawah: Chixxy Hangout — Chix at Six @ 8:35 am

Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya tidak berkesempatan travel lagi. Tak tahulah apa yang disibukkan sangat.  Yang pasti saya hanya menumpang kegembiraan dan pengalaman insan-insan rapat yang berpeluang menikmatinya.

Tahun ini, dealove saya banyak ke overseas. Walaupun saya jeles sebab tak dapat ikut, tapi saya gembira dapat kongsi pengalaman dia disana. Sempena posting dibulan terakhir bagi tahun 2006 ini, saya nak kongsi apa yang telah saya kongi dengan dia..bersama anda.

Filipina

  • Lebih ramai rakyat yang susah berbanding di Malaysia.
  • Tak susah sangat nak komunikasi kerana kebanyakan mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
  • Bas yang digunakan disana agak buruk.
  • Mangga kering dia sangat sedap berbanding yang terjual di Malaysia.
  • Banyak orang cantik dan hensem (seperti dalam drama Filipina) sebab diorg banyak kacukan Sepanyol.

India

  •  Jalan raya kat sana bukan macam kat Malaysia. Takde line atas jalan dan semua orang boleh drive sesuka hati mak bapak mereka. Kira bersimpang siur lah semua kenderaan.
  • Tapi semua drive slow dan semua kenderaan hon sana-sini. Tapi takde plak accident.
  • Masyarakat kat sini tak berapa punctual. Kalo janji pukul 10 pagi, pukul 11 atau 12 tgh hari baru nampak muka. Dah jadi budaya mereka.
  • Perlu diingatkan kenapa mereka lambat, kerana terpaksa drive slow dan mereka mementingkan keluarga kerana isteri akan menyediakan keperluan dan makanan dan kadang-kala menyuapkan makan sebelum mereka keluar.

Bahrain

  • Sebuah negara yang maju dan mewah. Kira macam Brunei la.
  • Cantik dan bersih
  • Islamik dan moden
  • Mereka akan sambut tetamu dengan laga pipi tak kira laki atau perempuan.

Australia (Melbourne)

  • Bandar yang cantik dan aman.
  • Bersih dan semua orang civilised.
  • Jualan handphone tak macam Malaysia, kat sini diorg lebih pentingkan jualan servis talian, oleh itu handphone dijual murah sebagai ganjaran langganan.
  • Dealove saya pergi selepas beberapa hari tragedi Steve Irwin.

Indonesia

  • Lebih banyak rakyat yang susah dan meminta sedekah di jalanan berbanding di Malaysia.
  • Kat sana kedai yang jual makanan seperti khinzir panggang yang terletak diatas meja boleh bersebelahan dengan kedai yang halal. Kalau umat Islam kat Malaysia dah sensitif dengan situasi disini. Disana mereka lebih terbuka.

Yang pasti, aku cuma share pengalaman ni melalui dea dan rakan aku yang lain. Kalau boleh tahun ni aku nak rasa sendiri. Insyaallah harap-harap begitulah.

 

One Response to “Travel Experiences”

  1. cipan Says:

    indonesia (jakarta) cewek lawa2… jalan sangat bz, orang drive havoc gila, tapi pelik, takde pun eksiden?


Leave a Reply