The Philosophy Of Chixxilization Theory

Woman of leisure and self-liberated ©

Yummy!! Januari 29, 2007

Difailkan di bawah: Video — Chix at Six @ 4:18 pm

This Commercial of Pizza Hut is quite sexy. I wonder how it would be if it is aired on Malaysia national tv. Imagine if Hannah T doing the Malaysian version. Huhu…hot!

 

 

Fashion Disaster Januari 28, 2007

Difailkan di bawah: Celebrity, Fashion — Chix at Six @ 9:33 pm

Selebriti Hollywood yang dipuja-puja oleh peminat seluruh dunia kerana kecantikan dan gaya mereka berfesyen kadang-kala tidaklah sehebat mana. Walaupun kita sentiasa melihat di majalah mereka kelihatan ‘fantastic’ tapi sebenarnya mereka tidak lari dari menjadi mangsa fesyen. Contohnya lihatlah Victoria Bekham dan Teri Hatcher ni!

Kewl…..

  

Euuwww….

 

 

Jom ikut Britney pergi shopping Januari 27, 2007

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 9:52 pm

Saya melayari internet dan terjumpa gambar terkini dimana Britney Spears pergi shopping. Apa yang menarik ialah, dia langsung tidak kelihatan seperti seorang ratu pop, malahan silap-silap kalau kita jumpa dia kat Chow Kit pun belum tentu kita akan perasan yang dia adalah Britney. Huhu…dia ni makin lama makin rosak…kesian..

 
Nape la nak pakai seluar yang hampir terlondeh..?

 
Eiii…buruknyer…

 

Plagiarism Januari 26, 2007

Difailkan di bawah: Knowledge — Chix at Six @ 11:56 am

Saya mula benar-benar memahami betapa seriusnya plagiarism adalah ketika saya menjejakkan kaki di menara gading 7 tahun yang lalu. Saya tak pasti sama ada memang guru sekolah saya tidak pernah mengajar tentang apa itu plagiarism atau saya yang ketinggalan ketika di kelas.

Ya, saya banyak cakap ketika didalam kelas dan merupakan antara pelajar yang sengaja memilih tempat duduk di barisan belakang kerana banyak aktiviti sampingan boleh dilakukan. Mungkin sebab itu saya tak pernah dengar tentang plagiarism.

Ketika di univerisiti, pensyarah saya berkali-kali mengingatkan perkara ini ketika kami diberikan tugasan. Lagi hebat jika pensyarah saya itu seorang profesor, dimana mereka telah mengarang beberapa buah buku dengan setiap satunya mempunyai sumber rujukan yang berjela-jela. Jadi, bodohlah kalau pelajar meniru bulat-bulat mana-mana buku atau bahan tanpa memberikan nota kaki atau nota rujukan.

Kini, saya masih lagi belajar. Peraturan yang sama berkenaan plagiarism juga masih diguna pakai walaupun di lain institusi. Penalti yang serius akan dikenakan sekiranya didapati pelajar telah melakukan plagiarism.

Namun, bagaimana pula jika pihak institusi pengajian telah terang-terangan melakukan plagiarism dalam modul yang mereka terbitkan? Adakah pelajar mempunyai hak untuk melapor atau mendedahkannya? Saya juga kurang pasti. Silap haribulan, mungkin si pendedah atau pelapor akan disaman pula.

Inilah hakikat. Kadang-kala sedar atau tidak sesuatu peraturan itu agak samar dan mungkin telah dibuat untuk sebelah pihak sahaja. Fikir-fikirkanlah.

 

Boymongoose – 12 Days of Christmas Januari 8, 2007

Difailkan di bawah: Chixxy Hangout — Chix at Six @ 5:57 pm


Watch this video on Grouper.com Add to WordPress Blog

I really love this cute and Humorous Christmas video sang by an Indian Aussie independent band.

 

juma Januari 8, 2007

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 4:37 pm

Siapa yang tidak kenal Norjuma? Salah seorang pengacara Nona yang cantik dan akhirnya disambar VIP. Baru-baru ini dia telah selamat melahirkan anak pertamanya.

Tetapi apa agak mengejutkan setelah melihat photo terbarunya. Sangat jauh dari kejelitaan yang pernah dimilikinya suatu ketika dimana ia menjadi pujaan ramai lelaki.

SEBELUM (mengandung 3bulan)

SELEPAS bersalin..tadaaa…..

Terdapat beberapa blog yang telah saya baca memberikan pelbagai reaksi terhadap rupa terbaru Juma. Ada yang terkejut dan tak kurang juga menyindir.

Bagi saya adalah lumrah bagi wanita yang mengandung dan bersalin mengalami penambahan berat badan. Walaupun tidak semua tetapi majoritinya adalah begitu.

Namun bagi seorang yang berkemampuan seperti Norjuma, mungkin tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sudah tentu, dia dengan senang hati boleh mendapatkan khidmat di slimming centre atau private instructor untuk mengembalikan bentuk badannya yang asal.

Yang penting sekarang dah selamat melahirkan baby yang sihat dan comel lagi.

 

Movie goers attitude Januari 7, 2007

Difailkan di bawah: Chixxy Hangout — Chix at Six @ 2:28 pm

Cerita Night at the Museum yang saya tonton semalam memang menarik. Walaupun sakit tengkuk saya  kerana mendapat seat yang paling depan. Saya tak kisah menonton cerita yang menarik walaupun terpaksa mendapat seat yang kurang selesa.

Tapi saya tidak boleh tolerate dengan movie goers attitude yang tidap beradab. Walaupun panggung wayang itu tempat orang bersuka ria, tetapi ia juga bukanlah tempat orang bersuka ati mak bapak kita membuat segala macam perkara.

Tiap kali sebelum movie start, ada satu iklan kesedaran sivik yang dibawakan oleh Nokia tentang perkara yang tak sepatutnya dilakukan oleh kita sebagai movie goers. Masih lagi, ada orang yang tidak faham mesej ini.

Adakah mereka terlalu lembab untuk memahami mesej ini atau kerana mereka memang tidak ada kesedaran sivik atau mereka sangat kool untuk bersikap  sedemikian.

Pertama sekali saya tidak tahan jika orang dibelakang saya yang me’landing’ kepala lututnya dikerusi saya. Oh, mungkin kaki kamu terlalu panjang. Tapi tak perlulah menggerakkan kepala lututmu itu menjadi vibrator!

Ini panggung wayang, bukan simulator tau! Kerana sikap orang ini kepala saya akan bergegar dan pening dan tidak dapat menikmati movie itu dengan baik. Kadangkala saya terpaksa memilih seat yang paling belakang untuk mendapatkan keselesaan yang diinginkan.

Kemudian, sewaktu menonton ada pula insan yang masih tidak reti meng’silent’kan hanponnya. Hello?! Kalaupun skali kamu tidak memakai Nokia dan tidak memahami mesej dari iklan tadi, tidakkah kamu tahu bahawa kami tidak mahu ada sound effect yang tidak ada kena mengena dengan movie?

Ada pula siap menjawab lagi panggilan tersebut tanpa keluar dari dewan tayangan. Apa ke..?!!! Tak pasal-pasal ada alih suara tambahan. Hey! Boleh tak jangan rosakkan ‘good times’ orang lain?

Satu lagi yang saya tidak tahan ialah kewujudan movie goers yang mengulas segala benda yang dia lihat. Dari mula iklan hinggalah tamat cerita. Dengan nada yang sesuai untuk 3-4 barisan kerusi boleh dengar suaranya. Orang macam ni sesuai tengok DVD je kat rumah. Tak perlu ganggu berpuluh-puluh orang lain yang menonton cerita yang sama, kan?

Saya adalah orang tidak segan-silu menegur orang yang mengganggu kehidupan saya ini. Saya percaya, oleh kerana orang lain takut atau malas nak tegur, selagi itulah attitude ini akan berterusan mengganggu orang lain. Saya mahu menjadi rakyat Malaysia yang boleh menjadi orang beradab bukan Malaysia boleh tapi tak beradab. Sekian.

 

Eden yang aman Januari 5, 2007

Difailkan di bawah: Chixxy Hangout — Chix at Six @ 9:17 am

Oleh kerana aku sangat jarang merayau pada waktu malam, maka tidaklah aku tahu bahawa The Curve merupakan tempat baru manusia-manusia malam frigging around. Mungkin ini adalah tempat melepak terbaru selain Jalan Telawi dan Desa Seri Hartamas.

Oleh kerana cafe-cafe disini lebih cantik, bersih dan teratur, maka suasana melepak disini nampak lebih hip, kononnya la. Suasana yang penuh dengan muda-mudi makan, minum dan menghisap rokok di tempat duduk yang paling mudah orang nampak adalah sangat crowded. Well, it seems everybody wants to be seen by somebody. Agaknya lah.

Aku dan teman lelaki ku yang tidak suka akan crowd, kebisingan dan asap rokok melilau-lilau mencari tempat makan yang menjanjikan keamanan yang kami dambakan. Eden Restaurant aman. Tak tahulah aman kerana ia baru dibuka atau aman kerana takde tempat untuk merokok atau ia aman kerana ia eden (syurga).

Terima kasih kerana tidak ada tempat perokok. Sekurang-kurangnya balik nanti aku tak perlu menshampoo rambut untuk menghilangkan bauan yang tidak menyenangkan.

Aku yang tak berapa suka makan daging memilih dipaksa untuk makan Sirloin Steak dan teman lelakiku memilih Homemade Burger yang besar. Nak cuba punya pasal. Ok juga rasanya walaupun tidaklah sesedap steak di TGI atau di Victoria Station. Mungkin tak sedap kerana aku memilih ia dimasak well done. So, steak tuh dah tak juicy lagi.

Yang pasti di Eden, hidangan Homemade Burger nyer lebih sedap. Burgernya besar beserta side dish nyer buah bersama krim. Aku suka sangat buah dengan krim. Rasanya sangat kiut! Jangan lupa memesan ‘bread and butter’ sebagai starter kerana bun disini sangat sedap, lembut dan gebu dan masih panas pula tu.

Restaurant ni sesuai juga bagi mereka yang berkeluarga. Terdapat satu bilik khas berdekatan untuk kanak-kanak bermain sesama sendiri sambil menonton rancangan cartoon.

Aku suka dengan suasana kat sini. Bersih, cantik dan aman. Siap ada Wi-fi free lagi. Erm..lain kali boleh datang lagi.

Tapi bagi yang suka keramaian, cafe-cafe lain jadi pilihan. Bagi lelaki, disini seumpama Eden atau syurga untuk melihat perempuan-perempuan yang pelbagai rupa sedia menjadi tatapan umum. Tapi takkan jumpa aku ditengah-tengah keramaian itu. Teehehe..

 

Travel Experiences Januari 4, 2007

Difailkan di bawah: Chixxy Hangout — Chix at Six @ 8:35 am

Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya tidak berkesempatan travel lagi. Tak tahulah apa yang disibukkan sangat.  Yang pasti saya hanya menumpang kegembiraan dan pengalaman insan-insan rapat yang berpeluang menikmatinya.

Tahun ini, dealove saya banyak ke overseas. Walaupun saya jeles sebab tak dapat ikut, tapi saya gembira dapat kongsi pengalaman dia disana. Sempena posting dibulan terakhir bagi tahun 2006 ini, saya nak kongsi apa yang telah saya kongi dengan dia..bersama anda.

Filipina

  • Lebih ramai rakyat yang susah berbanding di Malaysia.
  • Tak susah sangat nak komunikasi kerana kebanyakan mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
  • Bas yang digunakan disana agak buruk.
  • Mangga kering dia sangat sedap berbanding yang terjual di Malaysia.
  • Banyak orang cantik dan hensem (seperti dalam drama Filipina) sebab diorg banyak kacukan Sepanyol.

India

  •  Jalan raya kat sana bukan macam kat Malaysia. Takde line atas jalan dan semua orang boleh drive sesuka hati mak bapak mereka. Kira bersimpang siur lah semua kenderaan.
  • Tapi semua drive slow dan semua kenderaan hon sana-sini. Tapi takde plak accident.
  • Masyarakat kat sini tak berapa punctual. Kalo janji pukul 10 pagi, pukul 11 atau 12 tgh hari baru nampak muka. Dah jadi budaya mereka.
  • Perlu diingatkan kenapa mereka lambat, kerana terpaksa drive slow dan mereka mementingkan keluarga kerana isteri akan menyediakan keperluan dan makanan dan kadang-kala menyuapkan makan sebelum mereka keluar.

Bahrain

  • Sebuah negara yang maju dan mewah. Kira macam Brunei la.
  • Cantik dan bersih
  • Islamik dan moden
  • Mereka akan sambut tetamu dengan laga pipi tak kira laki atau perempuan.

Australia (Melbourne)

  • Bandar yang cantik dan aman.
  • Bersih dan semua orang civilised.
  • Jualan handphone tak macam Malaysia, kat sini diorg lebih pentingkan jualan servis talian, oleh itu handphone dijual murah sebagai ganjaran langganan.
  • Dealove saya pergi selepas beberapa hari tragedi Steve Irwin.

Indonesia

  • Lebih banyak rakyat yang susah dan meminta sedekah di jalanan berbanding di Malaysia.
  • Kat sana kedai yang jual makanan seperti khinzir panggang yang terletak diatas meja boleh bersebelahan dengan kedai yang halal. Kalau umat Islam kat Malaysia dah sensitif dengan situasi disini. Disana mereka lebih terbuka.

Yang pasti, aku cuma share pengalaman ni melalui dea dan rakan aku yang lain. Kalau boleh tahun ni aku nak rasa sendiri. Insyaallah harap-harap begitulah.

 

ATAP Lounge Januari 1, 2007

Difailkan di bawah: Food and Drinks — Chix at Six @ 3:11 pm

Sehari sebelum raya aidil adha, aku dan dia sempat menghabiskan masa bersama. Petang itu kami minum petang di ATAP Lounge di Cyberview Lodge Resort and Spa.

Lounge open air ini mengadap taman dan pool berhampiran. Cantik dan aman sekali. Kebetulan pula petang itu satu majlis perkahwinan dalam taman sedang berlangsung. Lagu-lagu indah dimainkan oleh string quartet menjadikan petang itu sungguh mengasyikkan.

Aku yang tak cadang nak makan, dengan sungguh chekainya memesan nasi ayam je. Ape daa…makan nasik ayam duaploh hengget sepinggan. Nasik ayam uptown yang tiga hengget sepinggan lagi sedap.

Nasib baik sup ekor dia sedap! Giler, makan banyak macamlah badan sekurus Paris Hilton. Paris Hilton pun takkan makan kat sini, sebab dia boleh gi makan kat KL Hilton. Ops, termelalut plak.

Tapi dia yang menggilai daging kambing memesan Shawarma Lamb. Nak dijadikan cerita si peminat lamb ini makan seasyiknya. Dikatakan inilah hidangan daging kambing yang paling sedap pernah dia nikmati. Sos atau gravynya begitu perfect sesuai dengan daging yang segar dan juicy.

Hidangan disini tidaklah begitu mahal. Kesemua hidangan kami termasuk minuman tidak sampai seratus hengget pun termasuk tax.

Aku tak paham kenapa ada tax. Oleh kerana aku jenis kedekut, aku tak suka bagi tips sebab tax mahal giler. Jadi tiap kali waitress bagi change si pembayar takkan amik tapi aku yang ambik sebab aku akan amik semua balance kecuali coins. Haa kedekut tak? Tapi kalau servis bagus baru aku tinggalkan tips.

Tapi disini layanan memuaskan. So aku puas hati, lain kali boleh datang lagi.