Saya terbaca sebuah esei yang yang membincangkan hubungan antara IQ dan kejayaan dalam masyarakat. Ia merupakan esei yang merumuskan kajian psikometrik yang telah dijalankan oleh para saintis Amerika Syarikat sehingga tahun 1995.
Terdapat beberapa hubungan/korelasi telah dihasilkan dari kajian ini yang menarik minat saya. Tapi harus diingat bahawa hubungan ini berdasarkan kajian, dan ia tidak semestinya mewakili setiap individu dalam kumpulan ini, tetapi peratusan dalam statistik jelas menunjukkan bahawa:
- IQ yang rendah mempunyai hubungan dengan prestasi akademik, kemiskinan dan jenayah.
- IQ yang rendah mempunyai hubungan dengan ibubapa yang mempunyai IQ rendah dan status sosio-ekonomi yang rendah.
- IQ dikatakan tidak akan berubah. Pendidikan yang lebih baik tidak akan memperbaiki IQ dengan banyak.
- Dalam ujian IQ, keturunan Asia mendapat markah lebih tinggi dari purata, keturunan Latin dan kulit hitam mendapat markah lebih rendah dari purata, manakala kulit putih atau Kaukasian adalah bersamaan dengan purata.
Jika statistik ini adalah benar, sekiranya individu dalam kumpulan ini hanya mencari pasangan hidup dalam kelas sosio-ekonomi yang sama maka kita akan terus-menerus melahirkan generasi yang ber IQ rendah dan berkemungkinan menjalani kehidupan dalam kemiskinan atau melakukan jenayah.
Namun secara rambangnya hubungan yang ditunjukkan oleh statistik ini tidak dapat mewakili individu di Malaysia dengan tepat. Ini adalah kerana, tidak semua individu atau keluarga yang datangnya dari sosio-ekonomi yang rendah mempunyai taraf IQ yang rendah dan melakukan jenayah dan begitu juga sebaliknya.
Dalam ertikata lain, faktor genetik dan persekitaran sama-sama memainkan peranan penting dalam menentukan tahap IQ individu itu.

hm.. menarik la esei ni boleh kongsi link dia tak… kalau ikut statistik tu bisa juga mengambarkan sebahagian kebenarannya tetapi kalau ikut kata nabi kalau hati satu manusia itu tidak baik maka tidak baikla segala tingkah lakunya tidak mengira lah asal usul latar belakang, sosio ekonomi, mahu pun statistik i.q nya…