Teringat zaman kecik-kecik dulu, aku ni nakal. Nakal dan mengade-ngade sebab aku lambat dapat adik sehingga hampir umor aku lima tahun. So, bayangkan bape lama aku naik tocang sementara belum dapat adik tuh.
Dalam sementara aku membesar sorang-sorang ni, seingat aku macam-macam benda aku buat. Sebab aku membesar kat kampung jadi macam-macam benda la aku explore.
Mak aku cakap, aku kuat merayau. Sebab tu kulit aku gelap. Ya, seingat aku memang aku kuat merayau. Kebetulan pula depan umah aku ada taman permainan seberangnya pula umah sedara-mara aku.
Pantang lepa sikit, tetiba aku dah hilang. Mak aku kata tetiba je tengok kecik je aku dah pun melintas padang nak menghala ke umah makcik aku.
Aku ingat aku memang sukapegi umah makcik aku yg aku panggil mak long. Dia ni kerja kampung, so banyak la benda yang dia buat menarik perhatian aku. Umpamanya dia buat kerepek ubi kayu berbesen-besen dan aikrim batang untuk dijual.
Anak-anaknya yang ramai tulah menolongnya. Aku ni suka datang menyibuk nak tengok diorang buat kerepek. Pastuh siap makan tengah hari sekali dengan diorang.
Kadang-kadang takut juga aku nak merayau ke umah mak long sebab takut kena cubit ngan mak aku..hehehe..mak aku garang. Jadi aku merayau dekat area umah aku je. Masa tuh mak aku bela ayam kampung so ada reban ayam dan ada beberapa tanaman kat belakang umah aku.
Oleh kerana kat kampung tempat aku tinggal tuh elektrik pakai generator yang hanya ada menjelang petang, maka dalam pukul 4 dan 5 petang aku dah mula boring. Jadi, aku akan kebelakang umah aku untuk mencari idea untuk bermain sensorang.
Aku cukup gemar mengacau ayam yang sedang mengeram dan mengejar ayam yang beranak kecik. Bagi aku adalah best dan thrill masa nak curik-curik amik telor ayam yang sedang mengeram atau dikejar ayam yang garang. Penah juga aku kena patuk dengan ayam yang sedang mengeram nih.
Mak aku cakap, penat jaga aku walaupun aku sorang masa tuh. Sebab aku ni degil dan manja dengan ayah. So, anak ayah kan mengade-ngade sikit. Tapi bila aku dah dapat adik, kurang la skit nakal aku. Kebetulan plak adik aku yang sorang ni baik dan mendengar kata. Kalo aku buat silap dia gerenti report, cis!
Semua ni jadi kenang-kenangan aku yang tak kan dapat dilupakan. Aku rasa orang lain pun mesti ada macam-macam kenangan dalam hidup diorang..siap boleh buat drama lagi. Korang ada kenangan?
*Lepa- biar, terbiar, lupa
