Akhirnya aku sudah beransur pulih. Setelah lebih seminggu aku tido berbantalkan air mineral dan berselimutkan Strepsils akhirnya aku kembali dapat menyanyi. Ari Sabtu aku pergi wedding kawan hosmet aku yang nun jauh di Semenyih. Maka sepanjang-panjang perjalanan itulah aku tak henti-henti bercakap dan bergilir-gilir menyanyi dengan hosmet aku yang juga bercita-cita nak jadi penyanyi tanpa album.
Ya, salah satu sebab aku lambat baik ialah aku terlampau banyak bercakap. Apa lagi kalo aku berjumpa dengan ‘dealove’ aku. Sampai penat dia mendengar agaknya. Tapi aku tetap tak henti-henti bercerita dan ketawa.
Demi meraikan kesembuhan ini, maka berjalanlah aku di Berjaya Times Square. Sebenarnya, bukanlah berjalan pun. Aku lepak je di cafe melayari internet sampil mengabiskan segelas latte panas kegemaran aku.
Bagi korang yang akan atau sedang menghabiskan cuti, jangan lupa singgah di Berjaya Times Square. Ini kerana, PENYAYANG sekali lagi mengadakan Malaysia Batik Festival 2006 yang merupakan tahun keempat pesta ini diadakan. Bersempena dengan itu juga Pertandingan Reka Batik Piala Seri Endon juga sedang dijalankan dimana acara kemuncaknya diadakan di Shang-ri La Hotel, Kuala Lumpur pada 17 Disember nanti.
Sepanjang pesta ini, korang berpeluang melawat dan membeli-belah di gerai-gerai batik oleh pengusaha batik dari seluruh Malaysia. Disini korang berpeluang membuat tawar-menawar dan harga yang sedia ada juga lebih murah dari batik yang dibeli dibutik biasa. Korang tentu rambang mata nak memilih pelbagai corak moden dan tradisional yang ada digerai-gerai ini.
Apa yang menarik perhatian aku pula ialah, Pertandingan Rekaan Kraftangan Batik. Di Berjaya Times Square, terdapat sebuah booth yang mempamerkan beberapa penyertaan bahagian kraftangan yang cantik dan menarik. Peserta kali ni lebih kreatif memilih bentuk kraftangan dimana batik dijadikan bahan utama. Ini termasuklah soft toys, kasut, beg tangan, dairi, memo holder, batu seremban, divider dan sebagainya.
Klik Gambar untuk gambar lebih besar
Kalo korang tak rasa ingin membeli di bazaar, maka tak salah kalo korang jalan-jalan sambil cuci mata melihat hasil kraftangan dari batik ni. Manalah tau korang ada idea baru suatu hari nanti dan teringin pula menyertai pertandingan yang sama pada tahun hadapan. Apatah lagi hadiah yang ditawarkan juga boleh tahan lumayan. Selain tu, kalo korang nak dapat info mengenai pesta ini bolehlah korang melawat website dengan klik DISINI.




