The Philosophy Of Chixxilization Theory

Woman of leisure and self-liberated ©

Bila Mahu Sembuh? Disember 5, 2006

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 9:01 pm

Malam tadi tekak saya sangat gatal sehingga memakse saya membatukkan diri berkali-kali. Oleh itu, sangat sukar untuk saya melelapkan mata. Kawan saya pun tidak nyenyak tidor kerana bunyian batuk saya itu memecah kesunyian malam. Kesian dia sebab dia ada exam pada keesokan paginya.

Jadi, pagi tadi saya pun pergi klinik. Kerana saya sangat gatal. Gatal pada bahagian tekak. Walaupun suare saya seksi, tapi saya tak boleh cakap sepuas hati dan saya tak dapat nyanyi dengan merdu. Doktor telah memberikan saya ubat dan juga vitamin. Dia suruh saya minum air masak banyak-banyak. Tapi saya memang tidak henti-henti minum air masak sehingga saya perlu ke bilik air berkali-kali. Jadi, kenapakah kesakitan saya masih belum berkurangan?

Saya sebenarnya mahu jalan-jalan. Tetapi si dia juga tidak sihat. Dia menuduh saya yang menyebarkan virus-virus penyakit kepadanya. Tetapi saya menafikan. Saya hanya menyebarkan virus-virus cinta, tidak lebih dari itu. Bukankah itu sangat baik?

Saya mahu cepat sembuh. Saya mahu kembali menyanyi. Menyanyi dalam bilik air. Tolonglah cepat sembuh.

 

One Response to “Bila Mahu Sembuh?”

  1. rifqi Says:

    Cobalah dengan meminum rebusan air jahe, maksud saya jahe di iris kecil lalu di rebus, misalkan dari 3 gelas menjadi kurang lebih satu gelas setelah itu diberi gula sedikit, hangat-hangat kuku baru di minum.
    Smoga cepat sembuh ya…


Leave a Reply