The Philosophy Of Chixxilization Theory

Woman of leisure and self-liberated ©

Jom balik kampung Oktober 20, 2006

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 9:32 pm

Chixpix1135Yeay..yeay…dah dekat nak raya. Esok aku akan bertolak ke Kuantan. Balik raya selama seminggu. Aku balik bertiga, boyfriend aku drive dan adik aku yang belajar kat UITM tumpang sekali. Tapi boyfriend aku balik ke KL semula hari Ahad kerana dia mesti beraya dengan ibunya di Putrajaya.

 

Apa-apa pun, kami bertolak pagi. So, sampai pun awal. Masih sempat untuk berjalan-jalan di bandar Kuantan cari salon seperti yang telah dijanjikan. Berbuka bersama keluarga aku dan memaksa dia duduk sama membuat kuih raya pada malamnya.

 

Since internet kat umah aku kat Kuantan ada problem, maka tidaklah dapat aku mengupdate blog ni seminggu. Kalau aku tak tahan, mungkin lepas raya, aku akan cuba pegi beli Hotspot untuk surf sekejap. Susahlah dah jadi insan yang ketagih internet ni.

 

Cuma aku perasan semenjak aku bz menyiapkan asignment. Aku dah lama tak check dan update Myspace aku, friendster pun aku login hanya untuk update blog. Kenapa yer? Entahlah..

 

Sebelum tuh, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Ampun maaf lah kalau ada yang terkasar bahasa, tersilap kata  atau  tersinggung rasa. Kepada anda yang memandu, berhati-hati lah. Semoga anda selamat sampai ke destinasi dan berhari raya bersama keluarga disisi. Bye semua…..

 

Leave a Reply