Hari ni merupakan hari ulangtahun yang keempat courtship aku dengan boyfriend aku. Fuh..macam tak sangka je dah empat tahun berlalu. Rasa macam baru setahun je berdating dengannya.
Aku rasa dalam masa empat tahun bersama sebenarnya hampir hari-hari kami belajar mengenali hati budi masing-masing. Malahan tiap-tiap hari juga belajar untuk memahami, menghormati dan terima masing-masing seadanya.
Aku percaya, untuk membina sesuatu hubungan yang berkait soal hati dan jiwa ni, kita kena sentiasa belajar, sentiasa memahami, sentiasa menghormati dan menerima seadanya. Ini bukanlah perkara yang mudah. Susah, memang susah.
Ini baru dalam zaman percintaan. Belum lagi alam perkahwinan. Ayah aku penah bagi nasihat, “ Sebelum kahwin, umpama makan tak cukup-cukup, bila dah kahwin yang ada pun makan tak terhabis”. Maksud dia, masa zaman bercinta semuanya indah. Jadi berpada-padalah, jangan bercinta sampai nak rak. Simpan-simpanlah saat indah tu untuk masa dah kahwin nanti.
Ye lah, kita anak muda zaman sekarang ni bercinta tak keruan. Sampai masa dah kahwin, baru setahun dua dah mula masam muka dan sampai nak bercerai-berai. Bukan setakat tuh aje, zaman sekarang ni pun makin banyak yang tak happy di rumah mencari makan diluar. Kenapa tak happy? Kenapa benci? Dulu masa bercinta best je? Takde pun yang silap?
Orang dolu-dolu, berpuluh tahun kahwin pun dapat bertahan. Sebab ape? Mungkin sebab sabar dan banyak mengalah. Orang perempuan umpamanya terpaksa paling banyak mengalah melayan kerenah ego lelaki-kalau nak rumahtangga kekal. Gaduh sesikit tuh biasa la kan?
Mak ayah aku tak pernah berhenti bercinta. Sehingga ke hari ini, diorang lah contoh terbaik pasangan berkahwin yang romantik bagi aku. Mak ayah aku masih jalan berpegangan tangan, masih urut-mengurut antara satu sama lain, masih berdating berdua-duaan, bergurau senda – sebijik macam pasangan Harith dan Ida Nerina dalam cerita Sepet.
Malah, kalau mak aku pergi shopping lelama dengan anak beranak ayah aku tak penah marah atau mengeluh. Dia relaks je. Aku tengok ayah orang lain siap dah merungut-rungut pada bini dia depan orang ramai. Beza umur mak ngan ayah aku 9 tahun. Mungkin sebab beza yang jauh ni membuatkan hubungan manja diorang ni menjadi. Yelah, kalau kahwin sebaya atau beza dua tahun je, sampai satu masa si isteri nampak jauh lebih tua dari suami. Petua ni aku pegang sampai bila-bila.
So, dengan adanya pengajaran disekeliling aku ni, aku harap hubungan aku dengan soulmate aku sekarang ni akan kekal dan bahagia sebagaimana mak dan ayah aku sekarang. Empat tahun dah berlalu, berpuluh-puluh tahun lagi untuk dilalui Insyaallah.
