The Philosophy Of Chixxilization Theory

Woman of leisure and self-liberated ©

Minggu terakhir Oktober 16, 2006

Difailkan di bawah: Uncategorized — Chix at Six @ 10:44 pm

Huh ni adalah minggu terakhir sebelum raya. Whoaa..macam tak percaya je lagi seminggu nak raya. Aku rasa macam banyak je aku abaikan janji dengan beberapa teman untuk sesi berbuka puasa bersama-sama. Pathetic sungguh diri aku ni. Rasa bersalah plak sebab melambat-lambatkan janji.

 

Baru hari Sabtu lepas, aku berjanji dengan teman sekelas untuk berbuka sesama. Nak dijadikan cerita, keuzuran melanda. Aku rasa sangat tidak sihat, dan sangat tidak mahu bergerak kemana-mana. Akhirnya, aku telah menghampakan dia. Kesian. Jahat betul aku.

 

Ada la lagi dua-tiga orang teman pun aku diam membisu je. Kepada teman itu, kalau anda sedang membaca ini, ampun maaf dipinta. Rasanya takde kesempatan kot. Mungkin dilain masa. Maaf yer..

 

Leave a Reply