Salam sejahtera kepada penonton semua. Saya selaku pengacara jemputan rancangan Mari Main Masak-Masak pada hari ini, akan membawakan satu lagi resepi istimewa khas untuk anda semua.
Baiklah, resepi pilihan Mari Main Masak-Masak kali ini ialah… Sayur Kobis Goreng Cendawan atau anda juga boleh panggilnya Sayur Cendawan Goreng Kobis, mana-mana nama lah yang anda suka.
Bahan-bahannya ialah:-
1/2 senduk minyak masak (pandai-pandai anggar la…)
1/2 biji bawah merah – dihiris (kalo nak tumbuk pun bole..)
2 ulas bawah putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris
1/2 kiub pati ayam – dipecah (boleh diganti dengan ikan bilis atau udang kering)
1/2 sudu sos tiram
10 biji cendawan shiitake – dipotong 4 (cendawan nak panggil biji ke ketul?)
1/2 biji kobis (saiz sederhana) – dipotong kecil
1/2 cawan air panas (mesti air panas, tau!)
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
Ya, puan-puan…
Mula-mula kita panaskan kuali dan isikannya minyak masak.
Bila minyak dah sederhana panas, kita masukkan pula bahan
tumisan iaitu bawang merah, bawang putih, halia dan kiub
pati ayam yer…Ok..kita tumis bahan ini sehingga ia naik
bau…
Puan-puan..tumisan kita dah pun naik bau, sekarang bolehlah
kita masukkan pula sos tiram dan cendawan shiitake. Kita tumis
lagi sedikit yer…Oh ye, puan-puan tidak semestinya mengguna
kan cendawan shiitake semata-mata. Puan-puan boleh mengganti
dengan cendawan grey oyster atau cendawan butang. Selain tu, puan-puan boleh juga tambah chickenballs sebagai tambahan perencah resepi kita hari ni yer.
Eh, banyak pulak saya bercakap, hampir hangus tumisan kita ni
tadi ye…ok sekarang kita masukkan pula kobis. Kita gaulkan ia
rata dengan tumisan, kemudian masukkan air panas. Saya maksudkan
disini memang air panas tau, kalau puan-puan masukkan air
sejuk nanti dia tak sedap. Ha, lepas tuh kita masukkan
bancuhan tepung jagung tadi dengan tujuan untuk memekatkan kuah.
Tak perlu tunggu lama-lama, setelah meratakan bancuhan tadi lebih kurang beberapa saat bolehlah angkat dan hidangkan. Inilah dia puan-puan, Sayur Kobis Goreng Cendawan, cukup untuk hidangan bagi santapan 3 orang. Sehingga bertemu lagi dilain hari, saya Chef Win, Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa!!!!
