Selamat Hari Raya kepada semua teman-teman. Raya aku kali ni hanya di Kuantan. Kami adik-beradik pakat beraya disini aje. Boyfriend aku hanya datang semasa menghantarkan aku ke Kuantan hari Sabtu sebelum raya. Sempat kami berjalan-jalan disekitar bandar Kuantan yang tidaklah ada ape sangat pun. Tambah pula puasa ni bukan dapat makan-makan atau minum-minum.
Seperti biasa, tak banyak juga orang datang beraya ke rumah kami. Maklumlah minggu pertama raya semua orang balik kampung. Yang ada cuma budak-budak yang datang bukan nak makan sangat, tapi nak ngutip duit raya jer. Aku plak, cuma ade seorang je tetamu. Seorang kenalan lama, tapi baru sekarang jadi teman. Pelikkan? Macam tak sangka pula orang tuh sudi nak datang. Apa-apa pun terima kasih sebab sudi datang walaupun 2 jam perjalanan nak sampai ke Kuantan.
Oh ya, menggemukkan badan juga adalah satu kebiasaan setelah seminggu beraya. Nak kata makan beria tuh takdelah, tapi tetiba je pakai seluar jeans dah ketat. (Hehe..mengaku jelah yg kamu dah makan banyak…). Kesimpulannya, puasa enam adalah suatu kewajipan kerana nak dapat pahala sunat dan nak kurangkan kadar ketat pemakaian seluar..huhu.
Hari parents aku hantar aku balik ke KL sepatutnya kami pergi ke rumah opah, tapi dema pergi beraya ke Perak la plak. Housemate aku plak janji nak beraya sama, last-last dia pun balik kampung pastuh sibuk gi mekap orang bertunang katanya. Aku plak balik KL ari Sabtu, sempat mengelap dapur sebelum minah tu balik. Kot nanti orang nak datang raya malu tengok dapur tak berkemas. Housemate aku rajin ngelap lantai ruang tamu. So, skang umah dah ready nak sambut tetamu kot ada orang nak datang beraya.
Ni tetamu istimewa masa raya pertama..hehe.. Takdelah…sebenarnya ni hadiah si dia beli masa kitorang jenjalan kat Berjaya Megamall 2 hari sebelum beraya..Hensem tak si Patrick ni. Sekarang Patrick dan kawan-kawan dengan Irwin dan anaknya Bindi. Nak tau apa yang paling aku suka si Patrick ni? Huh…perutnya yang boroi dan kiut itu….






Dulu, masa aku kecik-kecik, raya tuh bermaksud dapat baju baru, kasut baru, dapat main mercun dan dapat duit raya. Aku tak ingat sangat pasal puasa. Apa yang menghepi kan hati aku ialah semua benda nih tadi. Kawan-kawan disekolah pun rancak bertanya berapa pasang sudah baju kurung yang mak aku buat, berapa helai gaun atau t-shirt atau jeans yang dah dibeli, kasut macam mana untuk raya tahun ni.