So, dah 5 hari kita berpuasa. Ada 25 hari lagi sempat untuk mengumpul berkat bulan Ramadhan. Dan ada 25 hari lagi kita perlu melawan hawa nafsu yang akan mengurangkan pahala atau membatalkan puasa.
Cakap pasal puasa teringat masa kecik-kecik dulu. Masa zaman semua adik-adik aku pun sekolah rendah lagi. Seingat aku, adik lelaki aku yang kembar tuh sangat kuat berpuasa. Penah sekali yang abang tuh siap kena demam dan beguk tapi dia boleh puasa cukup sebulan. Masa tuh umur diorang baru darjah satu tak silap aku. Masa tu parent aku sogok nak bagi duit raya advance kalau dapat puasa penuh. Biasalah budak kecik ni kalau nak galakkan diorang berpuasa mula-mula kena bagi ganjaran.
Tapi walaupun diorang ni walaupun dapat puasa penuh, sebenarnya disebalik tuh banyak dugaan jugak. Kalau bab nak bangun sahur teramatlah liat. Siap muncung-muncung lagi merajuk sebab tak nak bangun dan tak nak makan. Lagi muncung kalau ngadap je meja tengok lauk bukan lauk impian.
Aku dah siap pesan kat ayah aku awal-awal kalau nak bagi adik berselera makan sahur masakkan lauk sardin jer. Pastuh gerenti diorang makan. Mana taknya, bila tak nak makan, mulalah bagi alasan kononya tak nak sahur dan boleh tahan sampai buka. Tapi mak akulah yang akan paksa bangun makan. “Kamu esok jangan nak ngade-ngade menangis cakap lapar ke, haus ke ye. Siap kamu jangan harap boleh puasa sekerat”, tu lah dialog mak aku bila mengugut kitorang kalau tak nak makan sahur.
Dirumah ada satu perkara yang menjadi rutin dibulan puasa iaitu segala tugas masak-memasak menjadi tugas ayah aku. Aku suka! Sebab ayah aku masak lain sikit dari mak aku. Bahan yang dia pakai lain skit dan ayah aku masak cepat. Mak aku masak lambat, aku pun masak lambat macam mak aku. Ape taknya, sambil masak sambil mengemas dapur. Ayah aku kalau masak dia terus je masak. Jadi akulah yang jadi tukang kemas tiap kali ayah aku masak.
Biasanya ayah aku menu dia tak banyak beza. Dia akan goreng mee penuh satu kuali untuk 5 anak dia yang kuat makan ni, masak nasik, masak gulai tak kira la masak lemak atau kari pastuh goreng sayur untuk dia dan simpan untuk sahur atau sesapa yang nak sambung makan lepas tarawih.
Kalau bab air minum plak, aku lah yang akan buat laici la, cincau la, tapi mesti ada teh o panas. Ayah aku tak galakkan minum air sejuk masa bulan puasa sebab tak elok untuk perut yang berlapar masa siang. Dia kata kalau minum ais nanti masa puasa badan penat dan cepat dahaga. Betul cakap ayah aku. Aku try ikut petua dia memang aku dah tak penat atau cepat dahaga masa puasa kalau malam aku tak buka minum ais. Tak percaya, cubalah!
Mak aku pulak masa bulan puasa dia cuti tugas memasaknya. Dia buat ape ye? Dia menjahit. Biasanya dia menjahit langsir baru rumah atau baju kurung adik aku dan sepupu kecik aku. Tiga tahun dulu masa aku belajar kat UPM, mak aku buat tart nenas dan almond london dan aku tolong jual kat kolej aku. Laku la masa tuh aku promote kat setiap bilik. Tapi buat kuih ni penat skit sebab mak aku buat kuih bukan macam standard nak jual tapi standard nak makan kat umah. Semua nak buat cantik-cantik dan gemuk-gemuk, jadi untung tak banyak. So, stop buat kuih.
Aku ni merepek-repek cerita pasal puasa kat rumah ni sebenarnya tengah rindu rumah kat Kuantan. Tak sabar nak balik berpuasa dan bersembang dengan mak lama-lama sambil menemankan dia menjahit. Tak sabar nak buat kuih dan hias-hias rumah, bestnyer…
Apa memori bulan puasa anda?



