Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!
Sangat-sangat sakit hati!!! Julai 21, 2006
Ok..tadi aku naik bas. Bas metro yg dah bertahun aku tak naik. Dari tempat yg tak pernah aku tunggu bas sebelum ni menuju ke tempat yang pun tak pernah aku turun bas kat situ. Ni semua kerana ‘driver’ bz ada meeting dan teksi yang tak muncul-muncul. Dah tak larat nak tunggu tengah panas. Naik je aku konon-konon nak keluarkan semilan posen. Hello?!!! Ni tahun 2006 la. Bukan lagi tahun 2004!.
“Saya nak turun di arr..ermmm…oh…kat ***** Berapa tambang?”, tanya aku pada konduktor bas tuh. Kalut sampai terlupa apa destinasi aku. “Singgit setengah”, jawabnya. Ok, dah naik banyak. Aku tak tau plak. Sampai satu ketika, seorang wanita dengan 2 anak kecik lebih kurang 2 tahun dan 4 tahun menekan loceng untuk turun di hentian pilihannya dan terhegeh-hegeh turun risau anaknya terjatuh.
Sebenarnya aku tak perasan pun diorg nak turun. Takkan aku nak tengok tiap kali orang turun tuh sape walaupun seat aku tuh dekat ngan pintu kuar. Sehinggalah aku terkejut dengar perempuan ni menjerit. Berderau jantung aku dibuatnya. Rupa-rupanya perempuan ni dah turun dgn anak keciknya yg 2 tahun tuh..dan sedang memegang tangan anak yg sorang lagi turun tangga satu persatu. Yelah budak kecik mestilah susah nak turun anak tangga bas yg besar tu kan?
Tapi apa yg membuatkan wanita ni menjerit, masa anak dia yg kat tangga ni nak turun, bas tuh main jalan. “Lu apehal?!!”, sergah konduktor bas tuh tanpa rasa bersalah. “Bodoh ka? Ini anak saya belum turun lagi, kenapa mau jalan?”, tinggi nada wanita tuh membalas.
Huh aku paham kenapa wanita tuh cakap macam tuh. Giler mestila dia risau anak dia nahas tak jatuh dari bas. Dah la nak pegang sorang lagi anak kecik. Masalahnya, dah jadi macam tuh, patutnya konduktor dan driver bas tuh prihatinla sikit. Ni dah la buat kerja tak betul, lagi mau salahkan perempuan tuh.
“Yang lu turun dulu apehal? Apa pasal tak kasik aak turun dulu? Lu la bodoh!!” balas konduktor bas tuh dengan sungguh kurang ajar. Aku yang mulanya tak amik tau, berderau darah bila terdengar ayat sebegitu keluar dari mulut konduktor bas tuh. Masa tuh aku punya sakit hati tak ingat.
Kalo ikutkan nafsu serakah aku masa tuh nak je aku sepak konduktor bas tuh jatuh dari bas. Dah la indon datang cari makan kat negara orang. Lagi mau kerja biadap dengan rakyat Malaysia ke? Ahh.. tak payah cakap pasal rakyat Malaysia la, cakap pasal soal kemanusiaan. Soal berbudi bahasa. Soal menghormati. Soal budaya kerja khususnya.
“Gila ka? Kalau anak saya jatuh dari bas tadi? Lain kali tengok orang kasi habis turun la!”, kata wanita tuh balik. Betul kata dia. Tapi hati aku bertambah sakit sebab ada plak seorang mamat ni pergi backing si konduktor tuh. Masa tuh mamat ni duduk betl2 mengadap depan pintu yang wanita tadi ni turun. Mamat dengan memakai sunglassesnya (dengan lagak konon kool..ooowhh pleaseee!) ni duduk sebelah makwe dia sambil meletak tangannya diatas bahi gf dia tuh.
“Aahhh lu la bodoh..lagi mau kecoh…sudah la!!! Lu la bodoh tak reti jaga anak…pegi jalan la lu!!!! Kecoh la….”, jerit mamat ni disaat2 wanita tuh jawab menjawab dgn konduktor tuh. Banyak kali dia ulang2 mengatakan wanita tuh bodoh.Gf dia plak senyum2 je seolah bf dia ni kool la cakap kuat2 konon nak bagi wanita tadi diam. Ya Allah.
Ni sekor lagi makhluk yang biadap.Aku kesian kan wanita tadi. Dah la baru ilang semangat terkejut anak dia hampir jatuh. Diorang ni sikit pun tak minta maaf atas apa yg wanita tadi kesalkan. Masa org tak ramai dalam bas tuh. Cuma ada 4-5 penumpang termasuk aku dan couple yg kurang tadi.
Bayangkan tadi kalo anak dia jatuh, pastuh kena gelek dengan tayar belakang bas. Masa tuh sapa nak kata apa? Aku tak sanggup tengok benda macam tuh berlaku depan mata aku.Mau pengsan aku dalam bas tuh jam jam tu jugak. Aku rasa kesal bila perkara macam ni terjadi depan mata aku. Aku tak nampak pun salah wanita tuh dalam situasi ni.
Sebagai wanita aku paham keadaan dia dengan dua org anak kecik. Kalo dia turun kan anak dulu pun..anak dia dua-dua turun tanggan kena pimpin tangan. Kalau dia dukung sorang pun mesti tak stabil dia nak jalan.
SEPATUTNYA, konduktor bas tuh yang kerja memastikan setiap penumpang betul2 habis turun dari bas. Hello.??!!!Ini bukan bas Intrakota. Apa guna konduktor?Takkan nak kutip duit je?Bertanggungjawab skit tak boleh ke? Yang si driver tu pun apesal tak sabar-sabar nak tekan pedal minyak? Inilah yang dikatakan bekerja tak ikhlas dan tak beretika.
Cara mereka ini seolah-olah “Huh, aku dibayar utk pastikan semua yang naik bas bayar tambang dan sampai ke destinasi. Selamat atau tak tanggung sendiri. Yang penting cukup bulan gaji aku masuk!”. Ok, etika kerja satu isu. Yang satu lagi budaya bersopan santun dan berbudi bahasa yang digalakkan oleh kerajaan. Tak menjadi ke akar umbi sebenarnya. Takkan nak suruh penumpang je berbudi bahasa macam si Adlin Aman Ramli dalam iklan tuh. Bagaimana plak dengan pekerja pengangkutan awam? Syarikat yang menguruskan pekerja ni tak latih ke diorang etika bekerja?
Pasal mamat tadi pulak, aku tak maafkan kau. Aku kan ingat sampai bila2 perangai biadap kau. Eii kalau aku jadi gf ko jam-jam tuh aku mintak cerai. Kerana,
pertama: kau tak menghormati orang terutama wanita dan golongan yang lemah,
kedua: kau cakap kuat kat public dan gelak kuat2 kat public-aku tak suka orang yang tak jaga manner dia.
ketiga: kau lembab. kau tak boleh guna otak dan hati kau untuk buat perkara baik,
keempat: kau lemah, kau tak boleh tolong orang yang memerlukan-macam mana ko nk jadi pemimpin keluarga, hah? Tolong guna hati dan otak anda ok?
Satu lagi..masa aku turun bas, aku sempat tegur konduktor bas tuh molek-molek.”Perempuan tadi tak salah. Kamu sepatutnya kena pastikan semua benar2 turun. Kenapa kamu marah dia?” kata aku. “Alo dia salah. Dia patut turunkan anaknya duluk. Sapa suruh dia turun duluk..”, jawabnya dengan lorat indon.
“Tidak, kamu yang salah. Kamu kena paham dia perempuan dengan dua anak kecik. Orang tidak ramai, kamu sepatutnya nampak sapa yang turun!”, kata aku lagi. “Kalo begituh kenapa kamu yg tidak tolong. kamu yang duduk dekat dengan pintu dan nampak dia? Kamu mau tolong, kamu aja yg tolong”, jawabnya angkuh dan selamba.
Aiii..singkatnya kepala otak engkau bisik hati aku. Dah aku penumpang takkan aku kena tolong dia..nnt aku turunkan kau ingat aku turun sama jawab aku dalam hati. Aku malas nak menjawab lagi. Takut dia tarik rambut aku plak sbb masa tuh aku org last yg turun. Ye lah kalo wanita tadi dia tak hormat, bayangkan orang yg berfikiran singkat tuh boleh buat ape kat aku kalau dia tak puas hati ngan aku, kan?
Aku terus turun jalan ke depan bas dan amik nombor plat bas tuh sebagai langkah keselamatan. Takut nyer…Tu pun masa aku menghala ke kedai bas tuh jalan dan konduktor tuh drive sambil hon-hon kat aku dua tiga kali tanda protest. Alamak..tak boleh aku nak concern skit..last2 aku yg takut atau aku dalam bahaya? Oh inilah Malaysia, fasiliti kelas pertama dengan rakyat kelas ketiga.
P/s: Penumpang dan pemandu bas patut hepi-hepi macam ni..hehe..

