Oooppss!!!! Januari 31, 2008
Sorry guys. My blog has been moved. Please go HERE to visit my new home! Thanks
Takziah untuk keluarga Nurin September 22, 2007
Sekali lagi masyarakat kita dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam anak kecil lagi tak berperikemanusiaan. Terus-terang ingin saya luahkan betapa saya benci perkara sebegini berlaku apatah lagi ia melibatkan insan yang lemah dan mana mungkin mampu melawan. Bertambah saya benci apabila mengetahui anak itu didera secara seksual dengan begitu dahsyat.
Ini bukan lagi kerja manusia. Mereka yang bertanggungjawab layak digelar binatang! Saya simpati dengan keluarga mangsa. Disamping itu, timbul pula cerita yang kononnya bapa mangsa telah berhutang dengan Along dan kemungkinan itulah yang mungkin menjadi penyebab perkara yang tidak diingini ini berlaku. Dari teman serumah saya sehinggalah makcik cleaner di pejabat teman lelaki saya sibuk menyampaikan cerita ini.
Tanpa mengira ia benar atau tidak, tidak cukupkah penderitaan yang telah anak kecil itu alami, kita yang hidup ini sibuk menyampaikan berita yang mungkin mengaibkan keluarga mangsa? Bukankah kita sepatutnya mendoakan agar roh anak kecil itu lebih aman dan keluarganya dapat menerima dugaan dengan redha? Bukankah kita masing-masing sepatutnya cermin diri kenapa perkara ini berlaku dan bagaimana untuk mengatasinya?
Cerita-cerita tabloid sebegini merupakan satu sindrom dimana masyarakat cuba menidakkan perkara yang zahir. Kononnya anak kecil itu menjadi mangsa keadaan. Kerana ayahnya berhutang dengan Along. So, sesiapa yang ada anak tetapi keluarga mereka tidak berhutang dengan Along akan terlepas dari risiko ini. Bodoh! Ooops! Maaf saya terkasar.
Maksud saya, perkara atau risiko ini akan berlaku pada sesiapa sahaja. Ia tidak mengira sama ada bakal mangsa itu gadis kecil atau dewasa, tak kira mereka Melayu atau bukan Melayu, tak kira bertudung atau seksi, tak kira cantik atau kurang menarik, tak kira didalam rumah atau diluar, yang PENTING ialah PELUANG! Apabila mana-mana perempuan terdedah kepada peluang menjadi mangsa, maka berdoalah sekurang-kurangnya mereka hanya meminta wang dan bukannya memperkosa mereka dengan kejam!
Jadi saya harap, masyarakat lebih membuka mata dengan isu sebegini. Ibubapa harus memantau anak-anak. Adik-beradik sentiasa melindungi saudara perempuan mereka. Tidak timbul isu wanita boleh ‘independent’ dalam isu keselamatan. Mereka memang memerlukan perlindungan dari saudara lelaki mereka.
Yang pasti, ibubapa tidak sepatutnya terlepas pandang dari anak-anak mereka. Jangan sibuk berebut baju di shopping complex sampai lupa anak disisi. Jangan ingat anak pergi main dengan kawan-kawan di taman permainan yang ramai orang tidak akan diculik. Jangan ingat anak pergi tidur rumah kawan yang keluarganya kita kenali tidak akan berlaku perkara diluar jangkaan. Apatah lagi membiarkan anak perempuan kecil pergi ke pasar malam diwaktu malam!!
Hari Malaysia yang ke-44 September 13, 2007
Hari ni hari pertama kita menyambut Ramadhan 1428H. Tapi saya belum ingin lagi memperkatakan tentang Ramadhan. Tahukah anda bila hari jadi Malaysia. Ya, ulangtahun penubuhan Malaysia. Tiap-tiap tahun kita menyambut kemerdekaan secara besar-besaran. Tetapi kita lupa tentang hari tertubuhnya negara kita Malaysia.

Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Pada hari ini Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bergabung menjadi sebuah negara yang kita cintai sehinggalah hari ini. Ahad ini, genaplah 44 tahun Malaysia tertubuh. Pelbagai rintangan yang kita lalui sama ada dari luar atau dalam negara sendiri. Tambahan pula, negara kita merupakan negara yang dihuni pelbagai kaum. Pelbagai isu mudah digunakan untuk melaga-lagakan sesama sendiri.
Ingatlah, walau apa pun keturunan atau kaum yang kita wakili, kita tetap satu bangsa. Kita adalah anak Malaysia. Kita sama-sama memainkan peranan membangunkan dan memakmurkan negara. Kita akan sama-sama mati untuk mempertahankan negara.
Justeru, saya ingin mengwar-warkan kepada anda sama-sama lah kita meramaikan sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Berjaya Times Square, Lower Ground Court pada hari Ahad 16 September 2007. Jumpa anda disana.
Kepada teman-teman Jun 6, 2007
Posting saya tujukan kepada kengkawan network saya sama ada di Friendster mahupun Myspace. Ada diantara yang bertanya kabar, ada yang minta contact number, ada yang mengajak saya minum dan tidak kurang juga mengajak saya join mereka berparti.
Terima kasih kerana sudi ‘keep in touch’ dengan saya, cuma ingin saya jelaskan disini saya tidak akan memberi anda sebarang contact number, emel ataupun instant messenger ID. Bukan saya berlagak sombong, cuma ia memang prinsip dan sempadan saya berkawan didalam internet social network. Cukup sekadar menghantar mesej di profil saya.
Juga tak perlu mengajak saya keluar tak kira lah untuk minum ataupun clubbing. Terus-terang saya katakan, saya memang tidak bersosial. Saya jarang keluar minum-minum apatah lagi berparti. Bukan kerana saya anti-sosial, cuma ia bukan cara hidup saya. Mungkin kerana saya cepat mengantuk jika saya berada diluar rumah walhal saya boleh bertahan hingga ke 4 pagi jika saya menonton tv dirumah. Atau mungkin kerana saya dah puas melalui zaman ‘hora’ saya 7 tahun lepas. Jadi jangalah anda salah anggap yer.TQ.
Drop a Message to Support Unity in Malaysia Mei 25, 2007
SEND A MESSAGE To The Nation.
Be part of history. Be heard.
Source: Yayasan Budi Penyayang Malaysia
** Each Unity Message submitted via Unity SMS hotline number will be eligible to win Naza Sutera.
Gegar U! Info links:
** Terms and Conditions Apply
Muzium oh muzium… Mei 24, 2007
Kali terakhir saya pergi ke Muzium Negara ialah ketika saya darjah 4 iaitu pada tahun 1990. Kebetulan pada masa itu ada pameran mumia. Saya masih ingat lagi, emak saya tidak mahu masuk.Dia hanya tunggu di luar bersama-sama opah saya kerana dia takut.

Penat tapi seronok…
Jadi, yang masuk hanyalah saya, 3 orang adik lelaki saya, serta ayah dan arwah atuk. Ketika itu saya merasakan muzium itu sangatlah besar dan untuk melawat setiap pameran adalah sangat memenatkan. Apa yang seronok ialah ‘feel’ dapat berjalan-jalan pada hari cuti sekolah.
Kelmarin saya berkesempatan melawat muzium sekali lagi. Lawatan yang tidak dirancang kerana menemankan seseorang yang kebetulan ada ‘meeting’ dengan pihak muzium.
Saya menyangkakan lawatan saya kali ini mungkin lebih menarik kerana saya mempunyai banyak masa untuk melihat setiap pameran. Tapi jangkaan saya meleset. Saya kecewa dan tidak menyangka muzium yang merupakan tempat menyimpan dan mempamer bahan bersejarah tidak cukup bagus untuk digelar muzium nasional.
Saya bukan ingin menuduh sebarangan. Ini cuma pandangan peribadi saya. Bagi saya, kita beria-ria mengwar-warkan tahun 2007 sebagai tahun melawat Malaysia tapi muzium pun macam tak bersedia untuk menerima pelancong tempatan mahupun luar negara.
Ketika lawatan saya, tingkat 2 iaitu galeri alam semulajadi ditutup sementara untuk kerja-kerja penambahbaikan. Manakala tingkat 1 terdapat beberapa bahan yang tidak ada dan disitu dilabelkan ia dikeluarkan sementara. Lebih menghairankan lagi, kerja-kerja memasang bahan pameran baru sedang dijalankan.
Dalam ertikata lain, pada ketika itu pelancong asing yang datang akan melihatlah kerja-kerja pemasangan yang dijalankan oleh kontraktor dan pekerja muzium dan terdapat laluan yang ditutup sementara. Maka oleh kerana wujud suasana yang tidak selesa, tidaklah indah lagi lawatan saya pada hari itu kerana umpama melihat orang sedang membuat rumah!
Saya terfikir, jika kita menjadikan tahun 2007 sebagai tahun melawat Malaysia, kenapa segala kerja menaik taraf, menambahbaikan atau apa segala kerja pun dilakukan seawal tahun 2006?
Selain itu, pada pandangan saya, bahan yang dipamerkan memang menarik. Saya sukakan bahan yang bersejarah. Yang unik. Tetapi tidak cukup informasi. Mungkin ramai pelawat yang datang suka melihat bahan dan mengambil gambar. Bagaimana pula cerita disebalik kewujudan bahan tersebut?
Apa yang ada cuma sedikit maklumat. Itupun banyak penerangan yang pelancong tempatan mungkin sudah tahu. Jadi tidak adalah uniknya. Saya begiu mengharapkan ada ‘pamplet’ bagi setiap bahan yang dipamerkan kerana saya nak tau apa sejarahnya. Bukan sahaja rupanya.
Jadi, diakhirnya…saya merasakan lawatan saya 17 tahun dahulu lebih menarik dari lawatan saya kelmarin. Apa agaknya pandangan pelancong tentang lawatan mereka yer?
Antara Myspace dan Friendster Mei 16, 2007
3 tahun lepas saya terlebih dahulu membuka akaun Friendster dan selang beberapa bulan kemudian seorang teman Friendster menjemput saya membuka akaun Myspace. Masa tuh kedua-dua website ni belum lagi well-known seperti yang kita lihat hari ni. Pada ketika itu juga, saya membuka kedua-dua akaun ini hanyalah suka-suka. Sekadar menambah teman online.
Secara peribadi pada mulanya saya menggemari Myspace berbanding Friendster. Bukan kerana teman-teman baru yang semakin bertambah, tetapi kerana Myspace mempunya features yang lebih menarik. Saya boleh mengubah profil saya hampir setiap hari. Kerana Myspace jugalah ilmu mengenai html dan css bertambah dari sehari kehari. Saya ketagih mempelajari tips and tweaks yang baru.
Manakala ketika itu, Friendster sangatlah membosankan. Bukan sahaja ia tidak mempunyai pilihan untuk menggubah rupa profil, malahan sungguh lembab untuk dibuka. Tambahan pula saya rimas dengan iklan yang berada ditengah-tengah profil saya. Pendek kata, Friendster sangat buruk. Saya tak suka. Oleh itu, saya sangat jarang mengupdate akaun Friendster saya.
Pada hari ini Friendster menawarkan features yang hampir sama dengan Myspace. Namun masih lagi Myspace yang menawarkan features yang pelbagai dengan kerjasama dan buy-out website lain seperti Youtube, IM dan sebagainya. Manakala Friendster sudah menawarkan ubah rupa profil tetapi masih sukar untuk menutup layout asal dan mengguna layout sendiri.
Tetapi baru-baru ni Myspace diserang SPAM hingga ke tahap dewa. Saya tak pasti sama ada hanya saya sahaja yang kena atau pun semua orang menghadapi masalah yang sama. Peti INBOX Myspace saya ditimbuni dengan mesej Comments to Approve yang kesemuanya hanyalah SPAM! Cis! Penat nak buang la sebab ianya berjuta-juta lemon! Saya tak suka. Dah berbulan-bulan perkara ni berlanjutan dan masih lagi ia tidak diselesaikan oleh pihak Myspace.
Jadi, saya dah malas buka Myspace. Dalam 2-3 minggu mungkin adalah sekali saya mengupdate INBOX dan mengapprove new friends.Ntah sesape la yang saya approve.Kalau ada masa, saya akan check dulu, kenkadang saya dah tak larat, saya approve semua sekali gus. Mana taknya, kalau sehari paling kurang 10-15 orang yang mintak approve…kalau dah 2-3 minggu tak buka dah berapa? Seratus lebih..eiii..lantakla kome…
Friendster? Masih belum ada lagi masalah sebegini. Tapi saya cukup gembira untuk mengupdate ia kerana saya dapat berjumpa kembali teman lama masa sekolah dan masa di UPM dulu. It’s such a great to keep in touch with them.
Missed Calls April 23, 2007
I really hate when I got constant missed calls from an identified number. It was a calls that purposely made to be missed. And sometimess when I picked up, they cut the line off. What on earth were they thinking? Sometimes it left me confused and sometimes it really pissed me off. For me, my contact number is my privacy. And I believe it applies to anyone too. Then why leave a missed calls rather than a call?
Oh, maybe this type of missed callers ran out of credit and they hoping for me to call them back. Huh, too bad. I would never ever call back especially if I don’t know who the caller. Sigh. I am tired. I am really tired of this people. Knock it off, guys!!!
Beezee April 6, 2007
Exam weeks datang lagi. Terpaksa la aku membeezee kan diri agar aku tak terkontang kanting masa menjawabnya nanti. Aku ni jenis study last minute. Kalau aku study awal mesti aku baca yang mukasurat yang sama berulang-ulang kali hinggalah abis study weeks. Chis!
Takpe ..sabar..Lepas ni tinggal sekali je lagi exam weeks. Pastuh buleh hurraaaahhhh!!!!
Cerita Menangis Mac 22, 2007
Pukul 2 malam tadi saya teresak-esak menangis sehingga lenjun bantal dibuatnya. Bukan kerana merajuk dengan kekasih. Bukan kerana saya fail exam. Bukan kerana dimarahi emak dan juga bukan kerana sakit.
Tangisan saya adalah gara-gara menonton sebuah movie iaitu Still Small Voices di STAR Movies. Pada mulanya saya menonton cerita itu kerana menyangkakan ia cerita misteri dan seram.
Walhal, saya ni penakut. Tapi gatal jugak nak tengok apa penyudah cerita tersebut. Itulah yang dinamakan penakut yang buat-buat berani.
Cerita tersebut sebenarnya berunsur misteri. Mengantuk saya menajdi berkurangan lantaran babak-babak yang kadangkala membuatkan saya terkejut dan bersedia utk tukar channel kerana tak mahu lihat dan dengar babak yang berikutnya.
Sehingga ke penghujung cerita akhirnya ia membuatkan air mata saya terburai. Untung tidak ada orang yang melihat saya begitu emosi.
Walaupun cerita ni tak keluar di panggung Malaysia, namun saya suka cerita ni. Saya berikan 4.5 bintang. Tak perlu kesan khas. Tak perlu pelakon yang terlalu commercial. Cukup dengan jalan cerita yang simple. Ia cukup menarik untuk ditonton. kalau ada ada Astro Movies. Bolehlah browse Astro Guide dan dapatkan bila next airtime. Berikut Sneak Previewnya.
p/s: Pelakon utamanya iaitu Catherine Bell mengingatkan saya kepada Maya Karin.
Hanya kerana baju? Mac 15, 2007
Seorang teman, memberikan saya satu salinan kronologi isu Linda Onn sebelum kronologi tersebut keluar didada akhbar. Salinan yang saya dapat itu lebih panjang ceritanya berbanding dalam akhbar yang rata-rata sekerat sahaja huraiannya.
Bagi saya apalah yang penting sangat sehingga menjadi isu pasal baju? Oh, katanya ASTRO mendapat arahan dari JPM untuk melarang Linda memakai baju pilihannya yang telah direka oleh Jovian. Dengan alasan Jovian bukan pereka tempatan. Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini saya pun tidak pasti.Yang pasti larangan akhirnya membuatkan Linda tidak muncul dikaca tv seperti yang dinanti-nantikan.
Eh, bukankah Linda terpilih kesana untuk menemubual artis di karpet merah? Di ulang, MENEMUBUAL…? Bukannya Linda yang ditemubualkan? Dalam erti kata lain, baju Linda tidak penting, tetapi peranannya berada disana. Ini peluang Linda menguji sejauh mana kebolehan beliau dalam bidang pengacaraan secara langsung di acara yang bertaraf antarabangsa.
Belum pernah seumur hidup saya melihat individu yang menemubual khasnya dari STAR world memperkatakan tentang baju yang dia pakai. Hanya artis dan selebriti karpet merah sahaja yang akan ditanya tentang pakaian mereka.
Jadi isu pakaian Linda direka oleh pereka Malaysia atau pun luar sepatutnya tidak timbul. Katakan lah pihak yang memilih Linda memakai pakaian yang mereka pilih disaat-saat akhir kenapa mereka mesti membawa sepasang sahaja? Begitu teruk cara pengurusan mereka. Tidakkah mereka terfikir adakah Linda akan sepadan dengan pakaian tersebut. Sedangkan baju kelawar pun belum tentu semua orang pakai selesa atau pun sesuai dengan padan. Silap pilih mungkin terlalu senteng atau labuh merela-rela..
Selain itu, saya juga hairan kenapa Linda begitu berkeras tentang prinsip hanya kerana baju. Dan kalau Linda kata kenapa mereka tak bawa pakaian lain untuk dipilih, kenapa pula Linda tak bersedia dari awal membawa baju dalam atau korset extra? Mana dia tahu baju yang dia bawa tidak ada kemungkinan rosak atau hilang semasa dalam perjalanan?Tidakkah Linda bersedia untuk perkara seperti itu? Mungkin kalau Linda bawa sekurang-kurangnya beberapa helai pakaian atau korset extra perkara ini tentu dapat dielakkan. Sekurang-kurangnya Linda membuktikan bahawa dia cukup profesional dalam menangani pelbagai kemungkinan. Terus terang saya katakan, kalau saya menjadi Linda, saya pasti bawah lebih baju, kasut dan sebagainya…manalah tau…
Pendek kata, isu baju ini isu remeh. Walaupun kita tak pasti siapa sebenarnya yang bersalah atau menjadi punca, tetapi nama Linda sudah sedikit tercalar.Harap Linda berjaya diluar sana.
Sherman Pore – American Idol 6 Februari 2, 2007
Semalam, saya menonton satu lagi audition American Idol musim keenam. Biasanya saya akan tercuit hati meligat gelagat peserta yang pelbagai jenis dan rupa ingin mencuba nasib.
Sehinggalah salah seorang peserta warga emas Sherman Pore yang sebenarnya tidak layak untuk menjalani audition diberi peluang untuk menyertai audition ini.
Sebenarnya dia bukanlah berkeras untuk menunjukkan bakatnya, tetapi sedang mengumpul tandatangan untuk petisyen yang diusahakan bersama isterinya yang mengidap barah. Namun, isterinya telah meninggal dunia 2 hari sebelum audition tersebut. Jadi Pore berhasrat ingin menyanyikan sebuah lagu untuk isteri kesayangan itu.
Tidak dinafikan, sebenarnya dia memang berbakat. Suaranya best. Tapi ketika dia menyanyikan lagu tersebut saya rasa sangat tersentuh. Pada anda yang tidak berpeluang menonton sedutan audition tersebut, nah dibawah terdapat sedikit sedutan tersebut.
Yummy!! Januari 29, 2007
This Commercial of Pizza Hut is quite sexy. I wonder how it would be if it is aired on Malaysia national tv. Imagine if Hannah T doing the Malaysian version. Huhu…hot!
Fashion Disaster Januari 28, 2007
Selebriti Hollywood yang dipuja-puja oleh peminat seluruh dunia kerana kecantikan dan gaya mereka berfesyen kadang-kala tidaklah sehebat mana. Walaupun kita sentiasa melihat di majalah mereka kelihatan ‘fantastic’ tapi sebenarnya mereka tidak lari dari menjadi mangsa fesyen. Contohnya lihatlah Victoria Bekham dan Teri Hatcher ni!
Kewl…..

Euuwww….

Jom ikut Britney pergi shopping Januari 27, 2007
Saya melayari internet dan terjumpa gambar terkini dimana Britney Spears pergi shopping. Apa yang menarik ialah, dia langsung tidak kelihatan seperti seorang ratu pop, malahan silap-silap kalau kita jumpa dia kat Chow Kit pun belum tentu kita akan perasan yang dia adalah Britney. Huhu…dia ni makin lama makin rosak…kesian..
Nape la nak pakai seluar yang hampir terlondeh..?
Eiii…buruknyer…

